SDI 1816: Hukum Wanita Dalam Iddah Talak Raji'e Keluar Rumah Tanpa Kebenaran Suami

Soalan:

Bolehkah seorang wanita yang dalam proses penceraian dengan suaminya di Mahkamah, keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya?

Jawapan:

Tidak dibenarkan bagi seorang wanita keluar dari rumah suaminya tanpa keizinan suami kecuali jika terdapat keperluan mendesak. Sekalipun suami telah menjatuhkan talak raj‘i (talak pertama atau kedua yang masih boleh dirujuk), maka wanita wajib tinggal di rumah suaminya sepanjang tempoh ‘iddah, berdasarkan firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ إِلا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ..

“Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan para isteri maka ceraikanlah mereka pada waktu mereka dapat menjalani ‘iddahnya (dengan sempurna), dan hitunglah waktu ‘iddah itu. Bertakwalah kepada Allah Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka keluar, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata...”
(Surah at-Talaq: 1)

Al-Khatib al-Syarbini dalam Mughniy al-Muhtaj 5/106 berkata:

(وَ) إذَا وَجَبَتْ السُّكْنَى فَإِنَّمَا (تُسَكَّنُ) بِضَمِّ أَوَّلِهِ بِخَطِّهِ: أَيْ الْمُعْتَدَّةُ حَتْمًا (فِي مَسْكَنٍ) مُسْتَحَقٍّ لِلزَّوْجِ لَائِقٍ بِهَا (كَانَتْ فِيهِ عِنْدَ الْفُرْقَةِ) بِمَوْتٍ أَوْ غَيْرِهِ لِلْآيَةِ وَحَدِيثِ فُرَيْعَةَ السَّابِقَيْنِ (وَلَيْسَ لِلزَّوْجِ وَغَيْرِهِ إخْرَاجُهَا، وَلَا لَهَا خُرُوجٌ) مِنْهُ وَإِنْ رَضِيَ بِهِ الزَّوْجُ إلَّا لِعُذْرٍ كَمَا سَيَأْتِي لِأَنَّ فِي الْعِدَّةِ حَقَّ اللَّهِ تَعَالَى، وَالْحَقُّ الَّذِي لِلَّهِ تَعَالَى لَا يَسْقُطُ بِالتَّرَاضِي - بِالضَّادِ - وَقَدْ قَالَ تَعَالَى: ﴿لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ﴾ ]الطلاق: ١[

Dan apabila tempat tinggal menjadi wajib (disediakan oleh suami), maka wanita yang sedang dalam ‘iddah diberi tempat tinggal, iaitu wanita yang sedang beriddah (diberi tempat tinggal) secara wajib di rumah yang menjadi hak suami, yang sesuai dengan isteri, tempat dia tinggal ketika berlaku perpisahan, sama ada perpisahan itu disebabkan kematian atau selainnya, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis Furai‘ah yang telah disebutkan terdahulu. Suami atau orang lain tidak berhak mengeluarkannya (dari rumah tersebut), dan dia (juga) tidak boleh keluar daripadanya, walaupun suami meredainya, kecuali jika ada keuzuran, sebagaimana akan dijelaskan, kerana di dalam ‘iddah terdapat hak Allah Taala, dan hak Allah Taala tidak gugur dengan keredhaan kedua-dua pihak. Allah Taala telah berfirman: "Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka dan janganlah mereka keluar..." [Surah at-Talaq: 1]

Dalam Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah 4/56 dinyatakan:

)وَتَسْكُنُ فِي مَسْكَنٍ كَانَتْ فِيهِ عِنْدَ الْفُرْقَةِ وَلَيْسَ لِزَوْجٍ وَغَيْرِهِ إخْرَاجُهَا وَلَا لَهَا خُرُوجٌ) مِنْهُ فَلَوْ اتَّفَقَتْ مَعَ الزَّوْجِ عَلَى الِانْتِقَالِ إلَى غَيْرِهِ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ لَمْ يَجُزْ وَعَلَى الْحَاكِمِ الْمَنْعُ مِنْهُ، لِأَنَّ فِي الْعِدَّةِ حَقَّ اللَّهِ تَعَالَى، وَقَدْ وَجَبَ فِي ذَلِكَ الْمَسْكَنُ قَالَ تَعَالَى ﴿لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ﴾ ]الطلاق: ١[ وَإِضَافَةُ الْبُيُوتِ إلَيْهِنَّ مِنْ جِهَةِ أَنَّهَا مَسْكَنُهُنَّ قَالَ فِي النِّهَايَةِ وَالرَّجْعِيَّةُ كَغَيْرِهَا فِي ذَلِكَ، قَالَ فِي الْمَطْلَبِ وَنَصَّ عَلَيْهِ فِي الْأُمِّ.

“Dan wanita (dalam ‘iddah) wajib tinggal di rumah tempat dia berada ketika berlakunya perpisahan, dan tidak dibenarkan bagi suami ataupun orang lain mengeluarkannya daripadanya, dan dia juga tidak dibenarkan keluar daripadanya. Seklaipun sekiranya dia bersetuju dengan suaminya untuk berpindah ke tempat lain tanpa ada keperluan, ia tetap tidak dibolehkan. Dan wajib bagi hakim mencegahnya daripada hal itu, kerana dalam tempoh ‘iddah terdapat hak Allah Taala. Maka tempat tinggal itu telah ditetapkan untuknya. Allah Taala berfirman: ‘Janganlah kamu (para suami) mengeluarkan mereka (para isteri yang dalam iddah) dari rumah-rumah mereka dan janganlah mereka keluar’ [at-Talaq: 1]. Penyandaran (nisbah) rumah itu kepada mereka (yakni disebut 'rumah para isteri dalam iddah') adalah kerana ia merupakan tempat tinggal mereka. Telah disebut dalam kitab an-Nihayah bahawa wanita yang ditalak raj‘i adalah sama seperti selainnya dalam perkara ini. Dan dalam kitab al-Mutlab, dinyatakan bahawa Imam asy-Syafi‘i menegaskan hal ini dalam kitab al-Umm.”

Dinyatakan juga:

أَمَّا الرَّجْعِيَّةُ فَلَا تَخْرُجُ، لِمَا ذَكَرَ إلَّا بِإِذْنِهِ كَالزَّوْجَةِ إذْ عَلَيْهِ الْقِيَامُ بِكِفَايَتِهَا (وَتَنْتَقِلُ مِنْ الْمَسْكَنِ لِخَوْفٍ مِنْ هَدْمٍ أَوْ غَرَقٍ) عَلَى نَفْسِهَا أَوْ مَالِهَا (أَوْ عَلَى نَفْسِهَا) مِنْ فُسَّاقٍ مُجَاوِرِينَ لَهَا (أَوْ تَأَذَّتْ بِالْجِيرَانِ أَوْ هَمَّ بِهَا أَذًى شَدِيدًا وَاَللَّهُ أَعْلَمُ) لِلْحَاجَةِ إلَى ذَلِكَ

Adapun wanita yang dalam ‘iddah raj‘i, maka dia tidak boleh keluar (dari rumahnya), seperti yang telah disebutkan, kecuali dengan izin suaminya, seperti juga seorang isteri, kerana suamilah yang bertanggungjawab menanggung keperluannya. (Namun, dia boleh berpindah dari tempat tinggalnya jika terdapat kebimbangan berlaku keruntuhan atau banjir) yang mengancam dirinya atau hartanya, (atau terhadap dirinya) daripada orang-orang jahat yang tinggal berdekatan dengannya, (atau dia menghadapi gangguan daripada jiran, atau ada seseorang berniat melakukan bahaya berat terhadapnya). Dan Allah jua yang lebih mengetahui. Kerana ada keperluan untuk itu.”

Oleh itu, jika seorang isteri yang dalam iddah talaq raj‘e keluar dari rumah suami tanpa sebab yang dibenarkan, maka wajib dia kembali ke rumahnya. Namun, jika kamu keluar kerana ada keuzuran seperti terdedah kepada kemudaratan daripada suami, maka tidak siisteri meminta izin suami untuk keluar dan tinggal di tempat yang lebih selamat.

 


Cetak  
Wallahu a'lam