SDI 1011: Klu Dah Berdua-duaan, Kemudian Bercerai Macamana Ustaz?

Soalan:

Ustaz bagaimana klu sepasang suami isteri, sebaik sahaja akad dan telahpun berdua2an. Kemudian berlaku perceraian, hukumnya sama dgn kes2 yg ustaz jawab sebelum ni?

Jawapan:

Ada perincian:

1. Perceraian berlaku sblm bersetubuh dan sebelum pasangan bersendirian yg memungkinkan berlaku persetubuhan. Maka jawapannya spt dlm SDI 1009 iaitulah wanita itubtak perlu beriddah, berhak dpt setengah mahar klu telh dinyatakan dlm akad, berhak dpt mut'ah menurut kemampuan lelaki jika tak dinyatakan dlm akad dan perlu akad juga mahar yg baharu jika hendak rujuk semula.

2. Perceraian berlaku sblm bersetubuh. Pasangan pula telah berdua2an yg memungkinkan berlaku persetubuhan. Wujud perbezaan pendapat ulama:

Majoriti (Hanafi, Maliki dan Syafie mazhab qadim) dan Hambali berpandangan wanita tersebut kena beriddah dan berhak mendapat mahar keseluruhan.

Ttg rujuk pula, majoriti ulama kecuali Hambali berpandangan tiada rujuk lagi melainkan memerlukan akad dan mahar yg baharu.

Dlm alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 22/107 dinyatakan:

الشرط الثاني : أن تحصل الرجعة بعد الدخول بالزوجة المطلقة ، فإن طلقها قبل الدخول وأراد مراجعتها فليس له الحق في ذلك ، وهذا بالاتفاق ؛ لقوله تعالى : ( يا أيها الذين آمنوا إذا نكحتم المؤمنات ثم طلقتموهن من قبل أن تمسوهن فما لكم عليهن من عدة تعتدونها فمتعوهن وسرحوهن سراحا جميلا ) ، إلا أن الحنابلة اعتبروا الخلوة الصحيحة في حكم الدخول من حيث صحة الرجعة ؛ لأن الخلوة ترتب أحكاما مثل أحكام الدخول ، أما الحنفية والمالكية والشافعية على المذهب فلا بد عندهم من الدخول لصحة الرجعة ، ولا تكفي الخلوة

Syarat Kedua: berlaku rujuk slps bersetubuh dgn isteri yg diceraikan. Jika suami menceraikan isteri sblm bersetubuh, kemudian hendak rujuk semula, sisuami tiada lagi hak merujuk dan ulama telah bersepakat ttg hukum ini berdasarkan firman Allah: "wahai org2 yg beriman apabila kamu menikahi wanita2 beriman kemudian menceraikan mereka sblm bersama mereka, maka tiada ke atas wanita2 itu iddah yg perlu kamu hitungnya, maka berikanlah kpd mereka mut'ah dan lepaskanlah mereka dgn sebaik2nya." melainkan ulama Hambali yg beranggapan jika berlaku tempoh berdua2an yg memungkinkan berlaku persetubuhan maka ia berada spt hukum berlaku prrsetubuhan dr sudut boleh rujuk. Ini kerana berdua2an (di sisi mereka) mengakibatkan hukum2 yg sama sprti hukum bersetubuh. Adapun ulama Hanafi, Maliki dan Syafie berdasarkan pandangan alMazhab hendaklah berlaku persetubuhan baru boleh rujuk dan tidak memadai berlaku tempoh berdua2an semata2."


Cetak  
Wallahu a'lam