Soalan:
Seorg lelaki menceraikan isterinya sebelum sempat bersama. Boleh rujuk semula dgn isteri?
Jawapan:
TIDAK BOLEH rujuk, kerana lelaki yg menceraikan wanita yg baru dinikahinya sblm disetubuhi, tiada iddah yg perlu ditunggu oleh wanita terbabit. Justeru tiada rujuk.
Jika dia hendakkan semula wanita itu, dia kena lakukan proses biasa iaitulah akad yg baharu dan dgn mahar yg baharu. Ibn Qudamah di dlm alMughniy 7/397 menyatakan:
أجمع أهل العلم على أن غير المدخول بها تَبِينُ بطلقة واحدة ، ولا يستحق مطلقُها رجعتَها ؛ وذلك لأن الرجعة لا تكون إلا في العدة ، ولا عدة قبل الدخول ، لقول الله تعالى : ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا ) الأحزاب/49
"Telah ijmak para ulama bahawa wanita yg belum digauli menjadi ba'in sughra dgn satu talak. Lelaki yg menceraikannya tidak berhak lagi merujuknya. Demikian itu krn rujuk tiada melainkan dlm tempoh iddah, sedangkan tiada iddah bagi wanita yg dicerai sebelum digauli berdasarkan firman Allah:
"Wahai org2 yg beriman, apabila kamu menikahi para wanita yg beriman, kemudian kamu menceraikannya sebelum menggaulinya, maka tiada ke atas para wanita itu iddah yg peelu kamu hitungkan." (alAhzab: 49)