SDI 0442: Suami Meninggal Ketika Dalam Iddah Talaq Raj'ie

Soalan:

Salam ustaz nak tanya. Jika wanita tengah eddah talak raj'i 3 kali suci belum tamat. Tiba-tiba suami dia meninggal dunia. Eddah yang mana nak ikut, 3 kali suci atau eddah suami meninggal dunia  4 bulan 10 hari. 

Mohon pencerahan. Alfun Syukran

Jawapan:

Wanita yang kematian suami dalam tempoh 'Iddah Talaq Raj'ie berpindah kepada 'Iddah kematian suami iaitulah selama 4 bulan 10 hari.

Ini kerana wanita yang masih berada dalam tempoh 'iddah Talaq Raj'ie masih dikira isteri kepada suami yang mentalaqkannya. Jika suaminya mati dalam tempoh iddahnya, dia mewarisi pusaka suaminya.

Kata Ibn Qudamah di dalam alMughniy:

وإذا مات زوج الرجعية استأنفت عدة الوفاة أربعة أشهر وعشراً بلا خلاف، قال ابن المنذر: أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم على ذلك

Maksudnya: "Jika suami kepada wanita yang di dalam iddah talaq raj'ie meninggal dunia. Wanita itu memulakan iddah kewafatan suami selama 4 bulan 10 hari tanpa ada perbezaan pendapat ulama. Kata Ibn alMunzir: "Telah bersepakat setiap ulama yang kami mengambil ilmu darepadanya tentang perkara ini."


Cetak  
Wallahu a'lam