Soalan:
Assalamuallaikum ustaz..
Saya seorang istri 2 anak, baru2 ini suami berhajat nak nikah lagi satu tapi saya tidak mampu bermadu dan saya tahu if suami bernikah lagi satu dia tak mampu berlaku adil. Sbb skrg ni dia sibuk bekerja sampai langsung takde masa untuk anak dan istri. Pergi kerja pukul 7pagi balik pukul 1pagi. Setiap hari sabtu ahad pon kerja.
Skrg ni saya gak tahi sama ada dia dah bernikah lagi satu ke tak sebab setiap saya tanya dia tak pernah nak jawab. Tapi yg saya tahi sekarang perempuan tu dah menjadi biz partner dia. Selalu pergi ke hulur ke hilir berdua. Dan macam2 dia dah buat untuk perempuan tu tanpa bagi tahu saya. Contoh instalkan Unifi kat umah pompuan tu and dia yg bayar every month.
Semau aktivity suami tak pernH nak bagi tahu saya. Ustaz saya berhak tahu kan, kemana suami pergi dan dengan siapa? Dan apa yg dia buat?
Masa untuk anak and saya memang langsung takde.
Setiap kali saya ajak berdiscuss suami tak pernah nak. Klo discuss pon last suami akan marah2 and end up suami akan pukul dan tampar Saya.
Berdosakah bila saya keluar dari rumah dan pegi ke rumah lain.?
Kami ada 2 rumah.
Sebab suami selalu cakap saya derhaka sebab tak nak dengar cakap dia?
Terima kasih atas jawaban ustaz.
Jawapan:
Tak banyak yang saya boleh jawab melainkan.... Belajarlah menerima hakikat, bersabar dan harapkan pahala di sisi Allah SWT.
Puan boleh tahu pergerakan suami. Tetapi terpulang kepada suami sama ada nak bagitahu atau tidak. Kerana tidak termasuk kewajipan suami mmberitahu setiap aktivitinya kepada isteri.
Cuma, suami wajib sempurnakan nafkah kepada puan, setelah itu puan wajib taati dia sebagai suami. Wallahu a'lam.
Soalan:
So sekarang ni apa patut sy buat uztaz? Saya buntu..
Saya tak boleh nak kawal perasaan cemburu saya dan rasa marah dalam hati, saya dah ikut cakap suami untuk tidak bekerja dan duduk rumah jaga anak2. 24 jam saya duduk rumah terkurung tak pernah keluar sbb kami duduk condo. So takde jiran tetangga. And setiap saya nak pegi mana2 suami tak pernah bagi. tapi suami tak pernah ada masa untuk saya anak beranak.
Saya dah banyak kali mintak cerai tapi suami kata tak akan ceraikan saya sampai dia mati. Saya dah tak mampu bertahan dengan semua rahasia suami. Semua dia rahasiakan.
Apa patut saya buat ustaz?
Jawapan:
Cuba minta bantuan dari individu yang disegani oleh suami sebagai orang tengah, jika ada pengabaian hak puan dari pihak suami.
Selain itu, pada pandangan saya suami puan sayangkan puan. Kerana itu dia tidak benarkan puan keluar dari rumah. Dia merasakan puan adalah miliknya. Puan patut berbangga kerana disayangi.
Soalan:
Bapa saya and bapa mertua sudah meninggal tahun lepas. Saya hanya ada mak mertua yang dia segani itu pon dia takde perubahan. Mak mertua pon dah give up.
Skrg ni saya nak keluar rumah and nak balik rumah lagi satu, untuk tenangkan fikiran and hati. Berdosakah saya sebab pegi keluar rumah tak mintak kebenaran suami?
Jawapan:
Bagitahu kepada suami dengan baik, katakan kepada dia untuk tenangkan fikiran dan seumpamanya... Terus berdoa kepada allah meminta kebaikan. Insyaallah, betapa banyak kesukaran yang hilang dengan bantuan allah.
Soalan:
Assalamuallaikum ustaz, sebelum ni saya ada mengatakan suami nak kawin lagi satu, tapi sebenarnya suami saya dah berkawin selama 4 bulan dia rahasiakan perkawinan dia. Suami saya kawin senyap2 di thailand.
Suami kawin pada bulan 4 dan saya baru tahu bulan 8 ni..
Saya berusaha menerima dan pasrah di madu.
tapi sampai skrg takde keikhlasan di hati saya...
berdosakah saya sbb takde keikhlasan datang dalam perhubungan rumah tangga saya ni?
Saya tak ikhlas bermadu.
Jawapan:
Puan, Allah memilih puan untuk diuji dengan ujian dimadukan. Demikian juga suami puan diuji dengan ujian bermadu.
Puan diuji agar bersabar, suami puan diuji dengan bebanan tanggungjawab.
Allah memerhatikan kita semua. Siapa dari kalangan kita tetap taat kepadanya dalam semua situasi gembira dan dukacita.
Lantaran itu bagi menjamin hak kedua-dua pihak suami dan isteri. Agama telah menetapkan tanggungjawab setiap pihak.
Bersabarlah, mengadu kepada Allah, mohon bantuan drNYA. Entah betapa banyak perkara yang diawalnya terasa beban dan terseksa, akhirnya ia menjadi mudah dan membahagiakan.
Dalam hubungan sesama manusia tak timbul isu ikhlas, sebaliknya jangan zalimi manusia lain.