Soalan:
Assalam ustaz, contoh, mak saya cina mualaf, sy dgn abang mak yg masih cina dikira aurat dak, dan macam mana dgn ayah saya dengan mak mertua dia yg masih cina itu. Segi auratnya. Tq ustaz.
Jawapan:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Saudari dengan abang mak saudari yang tidak muslim adalah Mahram. Perbezaan agama tidak memutuskan hubungan mahram. Saudari tidak wajib bertudung kepala di hadapannya. Demikian juga hukum ayah saudari dengan mak mertuanya yang bukan muslim. Boleh bersalaman antara mereka. Pengislaman tidak memutuskan hubungan mahram sama ada kerana nasab ataupun musaharah (perkahwinan).