Soalan:
Assalaamu'alaikum ustaz.
Maaf mengganggu. Moga ustaz dalam keadaan sihat sejahtera.
Nak tumpang bertanya, seorang suami tidak pernah miss memberi nafkah kepada isteri dan keluarga tiap2 bulan. Isteri pula menjaga anak2 dan menguruskan rumah. Cuma semenjak mendapat anak yang ketiga, isteri tidak mahu ditiduri suami sehingga anak tadi sudah mencapai usia setahun masih isteri tak sudi. Bila ditanya tak dijawab pula. Apa yg patut si suami buat ye ustaz?
Jawapan:
Berbincang dengan isteri, mungkin ada masalah yang dihadapinya. Peringatkan kewajipannya. Berusaha tangani masalah yang ada.