SDI 0788: Kontradik Antara Perintah Bapa Dan Ibu

 
Assalamualaikum ustaz.
Soalan:
Bolehkan seorang suami membatalkan arahan seorang isteri (ibu) terhadap anak mereka, dalam perkara yang suami (bapa) anggap tidak wajar dipatuhi oleh anak mereka (tetapi menurut si ibu masih wajar)? Si anak mengalami kesukaran menunaikan hajat si ibu atas sebab keterbatasan kemampuan.
 
Jawapan:
 
Waalaikumussalam warahmatullah. 
 
Seorg isteri wajib mentaati suami dalam perkara makruf, termasuk dalam urusan keluarga yang membabitkan anak-anak. Sengaja melakukan perkara yang bertentangan dengan suami adalah satu dosa. Ini asas dalam kehidupan berumahtangga. Hadis tentang berbuat baik kepada ibu tiga kali didahulukan berbanding bapa, jika ibu bukan lagi di bawah kuasa bapa seperti telah berlaku perceraian.
 
Berbalik kepada soalan yang ditanya, saya sertakan di bawah ini panduan dalam mentaati kedua-ibu bapa sebagai pertimbangan anda:
 
1. Bukan dalam perkara maksiat. Berdasarkan hadis Nabi SAW:
 
لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق
 
Maksudnya: "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada tuhan yang maha pencipta." (Riwayat Ahmad dan selainnya. Dinilai Sahih oleh alSuyuthi) 
2. Arahan dan perintah tersebut memiliki tujuan yang benar, jika ia berkaitan perintah meninggalkan suatu yang ada galakan atau yang diharuskan dalam agama, atau menyuruh melakukan suatu yang makruh. Jika sesuatu perintah dari mereka berlaku atas tujuan yang salah, atau disebabkan kejahilan, kedegilan, hasad dn seumpamanya dari mereka. Maka tidak perlu taat.
 
3. Tidak mendatangkan kemudharatan kpd anak spt yg dinyatakan oleh sekumpulan ulama, antara merrka syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dhn katanya:
 
ويلزم الإنسان طاعة والديه في غير المعصية وإن كانا فاسقين، وهو ظاهر إطلاق أحمد، وهذا فيما فيه منفعة لهما ولا ضرر، فإن شق عليه ولم يضره وجب وإلا فلا
 
Maksudnya: "Dan wajib seseorang insan taat kepada kedua ibu-bapanga dalam perkara yang bukan maksiat, sekalipun mereka berdua orang yang fasiq. Inilah zahir pengitlaqan pernyataan Imam Ahmad. Dan ini dalam perkara yang padanya terdapat manfaat kepada kedua mereka dan tiada kemudharatan. Jika terdapat kesukaran dan tidak mendatangkan mudharat, wajib (mentaatinya), jika tidak (jika terdapat kemudharatan) maka tidak wajib (mentaatinya)."
 

Cetak  
Wallahu a'lam