SDI 0772: Boleh Tangguh Hutang Bapa Yang Telah Meninggal?

Soalan: 
 
ayah saya meninggal dunia, ada hutang. Bolehkah kami menangguhkan pembayarannya?
 
Jawapan:
 
Jika hutang bertangguh, boleh dibayar mengikut perjanjian yang dipersetujui. Jika hutang yang perlu dilangsaikan dan bapa saudara ada meninggalkan harta, maka wajib segera dilangsaikan hutang tersebut dari harta yang ditinggalkan setelah digunakan untuk pengurusan jenazah. Jangan ditangguhkan bayaran hutang simati. Nabi SAW bersabda:
 
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
 
Maksud: "Jiwa seseorang beriman (setelah meninggal dunia) tergantung (tidak diberikan keputusan) dengan sebab hutangnya, sehinggalah dilangsaikan untuknya." Dinilai Sahih oleh alAlbani di dalam Sahih alJami'.
 
Ketika menghuraikan hadis ini: 
 
Kata alSindiy: dia terhalang dari masuk ke dalam syurga.
Kata alSuyuthi: terhalang dari mendapat kedudukannnya yang mulia.
Kata al'Iraqi: urusannya terhenti tiada keputusan sama ada berjaya atau binasa, sehinggalah dilangsaikan hutangnya.
Kata alSan'aniy: hadis ini dari kumpulan bukti bahawa jenazah akan berterusan disibukkan dengan hutang selepas kematiannya. Ia juga berupa dorongan supaya bebas dari hutang sebelum meninggal dunia, ia juga merupakan hak yang paling penting.

Cetak  
Wallahu a'lam