SDI 0748: Anak Perempuan Emak Saya Mahram Saya?

Soalan: 
 
Nk tny, ibu saya seorg janda. Beliau berkahwin dgn ayah tiri saya sekarang. Setelah itu dikurniakan anak perempuan. Saya dgn anak pompuan tu aurat x??
 
Jawapan:
 
Anak perempuan yang ibu anda lahirkan itu adalah adik anda, adik satu ibu. Anda dengannya mahram. Allah SWT berfirman:
 
{حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا} [النساء : 23]
 
Saya terjemahkan pada yang berkaitan sahaja: "Dan diharamkan (menjadi Mahram) ke atas kamu semua orang lelaki, para ibu kamu (ibu dan ke atas), anak-anak perempuan kamu (dan ke bawah) dan saudara-saudara perempuan kamu (saudara kandung, saudara satu bapa atau satu ibu)..." (alNisaa': 23)
 

Cetak  
Wallahu a'lam