Bersubang Untuk Bayi

  • Hukum Bersubang Untuk Bayi

Harus bersubang untuk bayi perempuan sebagai perhiasan.

Al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahih beliau menyebut satu bab “Bab Bersubang Untuk Wanita, dan Ibn ‘Abbas berkata:

أمرهن النبي صلى الله عليه وسلم بالصدقة فرأيتهن يهوين إلى آذانهن وحلوقهن

Mafhumnya: “(Selepas baginda berkhutbah hari raya, baginda pergi kepada jemaah wanita memberi peringatan kepada mereka) dan Nabi SAW menyuruh mereka mengeluarkan sedekah, dan saya melihat mereka mengambil subang dan rantai di telinga-telinga dan leher-leher mereka.”

Daripada Ibn ‘Abbas RA juga yang berkata:

أن النبي صلى الله عليه وسلم صلى يوم العيد ركعتين لم يصل قبلها ولا بعدها ثم أتى النساء ومعه بلال فأمرهن بالصدقة فجعلت المرأة تلقي قرطها

Mafhumnya: “Bahawa Nabi SAW menunaikan solat hari raya sebanyak dua rakaat, dimana baginda tidak ada menunaikan solat lain sebelum dan selepas dua rakaat tersebut, kemudian baginda mendatangi jemaah perempuan bersama dengan Bilal, dan baginda menyuruh jemaah perempuan mengeluarkan sedekah, lalu seorang wanita memberikan subangnya.”


Cetak  
Wallahu a'lam