Soalan:
Ustaz....jika seseorg brniat nk buat akikah utk anak,tp belum sempat buat,anak meninggal dunia..apakah perlu diteruskan akikah tersebut? ibubapa pula berhajat nk teruskan akikah wlu anak dh tiada..
Jawapan:
Jika ibu-bapanya memang berhajat nak teruskan akikah tersebut, maka tidak mengapa diteruskan. Ini kerana sememangnya sebahagian ulama ada yang berpandangan perlu diakikahkan anak yang meninggal dunia setelah dilahirkan beberapa hari, hatta janin yang keguguran setelah ditiupkan ruh (setelah sempurna 4 bulan) juga perlu diakikahkan menurut sebahagian ulama. Ini kerana kesemua bayi dan janin yang telah ditiupkan ruh akan tetap dibangkitkan di akhirat kelak.
Oleh itu, jika seseorang itu memiliki kemampuan dan sebahagian ahli keluarganya tetap hendak melakukan akikah, maka lakukanlah.