SDI 0707: Hukum Anak Susuan

 
Soalan: 
 
Asslmkum
Pohon pencerahan permasalahan hukum aurat anak susuan. Seorang wanita tlh mengambil anak angkat lelaki dan meminta adik iparnya ( isteri adik lelakinya) menyusukn bayi tersebut. Kemusykilannya ialah bagaimana kedudukan aurat si ibu angkat ketika bersama anak angkatnya dan hubungan kanak-kanak tersebut dgn ibu saudara yg lain. tk
 
Jawapan:
 
Wa'alaikumussalam warahmatullah. 
 
Perbuatan wanita tersebut TIDAK dapat menjadikan anak angkatnya itu anak saudara susuannya. Ini kerana susuan adik iparnya tidak dapat mensabitkan hubungan susuan antara si anak dengan dia. Sebaliknya sianak hanya menjadi anak susuan kepada wanita yang menyusukannya (adik ipar) dan pasangan wanita yang menyusukan (adik kandung). Sianak juga memiliki hubungan susuan sebelah pihak wanita yang menyusukannya sahaja.
 

Cetak  
Wallahu a'lam