SDI 0693: Kaffarah Jima' Siang Ramadan, Suami Sahaja Yang Kena Atau Isteri Juga?

Soalan: 
 
Jimak siang hari ramadhan kena kafarah puasa 2 bulan berturut-turut. Utk suami shj atau isteri sekali?
 
Jawapan: 
 
Ada dua keadaan: 
 
1) berlaku jimak dalam keadaan isteri dipaksa oleh suami. Maka dalam keadaan ini puasa isteri dikira sah, siisteri tak perlu qadha dan kaffarah. Inilah pandangan Imam Ahmad berdasarkan salah satu riwayat daripadanya. Inilah juga pandangan yang dipilih oleh syeikh islam Ibn Taimiyyah RH, Syeikh Bin Baz dan Bin 'Uthaimin RH. Dalil mereka:
 
- Firman Allah SWT:
 
رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
 
Maksudnya: "Wahai tuhan kami, janganlah Dikau kenakan hukuman kepada kami, jika kami terlupa atau tersilap." (alBaqarah: 286) 
 
- Hadis daripada Abu Hurairah RA yang berkata, Nabi SAW bersabda:
 
مَنْ أَكَلَ نَاسِيًا وَهُوَ صَائِمٌ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
 
Maksudnya: "sesiapa yang makan kerana terlupa dia sedang berpuasa, sempurnakanlah puasanya, hanyasanya Allah telah memberi makan dan minum kepadanya." (alBukhari dan Muslim)
 
- hadis daripada Abu Zarr alGhifari RA yang berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah memaafkan dari ummatku kesilapan, terlupa dan apa-apa yang dipaksa." (Ibn Majah 2046. Dinilai Sahih oleh alAlbani di dalam Sahih Ibn Majah
 
2) isteri bersetuju dengan suami untuk bersama. Para ulama berbeza pandangan apakah seisteri juga wajib kaffarah ataupun tidak: 
 
i) isteri wajib qadha dan kaffarah. Inilah mazhab jumhur. Dalil mereka: 
 
- hadis Bukhari muslim, bahawa Nabi SAW telah memerintahkan orang lelaki yang menyetubuhi isterinya pada siang hari Ramadan melaksanakan kaffarah. Maka hukum asal seorang perempuan adalah sama dengan hukum seorang lelaki, melainkan ada bukti pengecualian dari agama. 
 
- siisteri telah merosakkan puasa Ramadannya dangan jima'. Maka wajib kaffarah sama seperti sisuami. 
 
- kaffarah adalah hukuman yang berkaitan dengan jima'. Ia sama antara lelaki dengan perempuan sepertimana hukum Had zina. 
 
ii) Isteri tak kena kaffarah, sama ada berlaku jika dengan persetujuannya ataupun tidak. Kaffarah ke atas suami sahaja. Inilah pandangan ulama mazhab alSyafi'ie dan satu riwayat dari Imam Ahmad. Dalilnya: 
 
- Nabi SAW hanya memerintah sisuami untuk melaksanakan kaffarah tidak kepada isteri. Maka tidak layak bagi nabi melewatkan penjelasan ketika wujud keperluan. Jika isteri juga kena kaffarah sepatutnya nabi menjelaskan juga dalam waktu yang sama diperintahkan kepada suami. Namun alasan ini dijawab oleh jumhur dengan mengatakan ketiadaan sebutan isteri pada nisbah kaffarah adalah kerana yang bertanya itu adalah suami tentang dirinya yang telah menyetubuhi isterinya, siisteri pula tidak datang bertanya. Baragkali juga siisteri ketika itu berada dalam keadaan terpaksa atau jahil. 
 
Pandangan yang rajih ialah siisteri juga WAJIB Kaffarah sama seperti suami jika jima' itu berlaku dengan perserunjan bersama. Inilah pandangan pilihan alSyeikh Bin Baz dan Ibn 'Uthaimin RH. (Majmh' Fatawa Bin Baz 15/307 dan alSyarh alMumti' 6/402)
 
Soalan: 
 
Bagaimana wanita nk buat direct puasa dua bulan sebab ada haid...jelaskan ustaz?

Jawapan Bin Sahak:

Kafarrah yang sama dengan lelaki iaitulah puasa dua bulan berturut-turut.

Sepertimana puasa Ramadan itu berturut-turut hari puasanya selama sebulan, wajib dilakukan oleh seorang perempuan sekalipun berhaid. Dengn cara dia berpuasa pada hari yang dia suci dari haid, qadha pada hari-haru haid. Maka demikianlah puasa kaffarah. Dia puasa dua bulan berturut-turut + puasa puasa qadha. Jika haid dia 7 hari dalam bulan pertama dan 7 hari dalam kedua. Selepas selesai puasa dua bulan dia tambahkan lagi 14 hari puasa qadha. 
 
Soalan: 
 
Qadha puasa + 2 bulan berpuasa berturut-turut (kaffarah) atau 2 bulan berpuasa berturut-turut (kaffarah) sahaja?

Qadha atas hari haid dlm puasa kaffarah adakan wajib juga berturut-turut?

Jawapan Bin Sahak:

Dua bulan puasa kaffarah berturut-turut + qadha puasa kaffarah berturut-turut. Perintah puasa dua bulan berturut-turut bukan bagi kesalahan jima' siang hari Ramadan sahaja. Bahkan ada tiga tempat perintah puada dua bulan berturut-turut, iaitulah:

1) jima' siang hari ramadan. Setelah tidak dapat merdekakan hamba.
2) zihar isteri. Setelah tidak dapat merdekakan hamba.
3) pembunuhan secara tidak sengaja. Setelah tidak dapat merdekakan hamba, berdasarkan firman Allah:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِناً إِلَّا خَطَأً وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِناً خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيماً حَكِيماً

alNisa': 92

Pembunuhan tidak sengaja ini berlaku pada lelaki dan perempuan.

Cetak  
Wallahu a'lam