SDI 0644: Perlukah Bagitahu Calon Suami Yang Saya Mengalami Darah Istihadhah?

Soalan:
Ustaz, darah haid saya berterusan hingga hampir sebulan. Perlukah saya bgtau kpd bakal suami saya?

Jawapan:

1) Majoriti ulama berpandangan tempoh paling lama untuk darah haid ialah 15 hari. Darah yang jeluar lebih dari 15 hari adalah darah istihadhah.

2) Jika demikian keadaan saudari, saya nasihatkan agar segera mengambil rawatan. Jika tidak, saudari WAJIB memberitahu kepada bakal suami keadaan tersebut. Ini kerana darah yang keluar berterusan hampir sebulan termasuk dalam perkara yang akan menimbulkan masalah kepada suami. Ia juga boleh menjadi sebab hubungan yang dingin antara saudari dan suami nanti. Selain itu ia termasuk aib yang membolehkan fasakh berdasarkan pandangan yang lebih azhar di sisi Ibn Taimiyyah RH, melainkan suami redha.


Cetak  
Wallahu a'lam