SDI 1638: Hubungan Perkahwinan Terbina Di Atas Hak Bersama Suami Isteri

Soalan:

Apakah termasuk dalam ketaatan seorang suami kepada keluarga asalnya, untuk mendapatkan restu terlebih dahulu dari mereka sebelum membuat sebarang keputusan? Sekalipun dia mempunyai rumah-tangganya sendiri?

Jawapan:

Segala pujian adalah milik Allah SWT, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Amma ba’d.

Kehidupan berumah  tangga terbina di atas kebebasan dan keistimewaan sesama suami isteri kerana ia memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Mana-mana pihak, sama ada dari keluarga suami mahupun isteri, mereka tidak memiliki sebarang hak untuk campur tangan dan melantik diri sendiri bertindak sebagai penasihat atau sebagai pemegang wasiat kepada mana-mana pasangan suami isteri, sekalipun mereka memiliki tahap pendidikan yang paling tinggi. Berdasarkan pemerhatian, jika keadaan ini berlaku ia hanya akan memecah-belahkan sesuatu rumah tangga tersebut.

Bagi setiap hubungan, Islam telah memberikan keistimewaan tersendiri. Hubungan adik-beradik berbeza dengan hubungan perkahwinan. Setiap hubungan ini pula memiliki hak dan tanggungjawab yang tersendiri. Setiap pasangan suami dan isteri mesti bijak melakukan pertimbangan antara kedua-dua hubungan tersebut bagi mencapai tahap ketakwaan kepada Allah SWT. Tidak boleh seseorang suami mendesak isterinya untuk cenderong kepada perkiraan keluarganya sahaja. Setiap suami hendaklah mengetahui bahawa isterinya memiliki haknya yang tersendiri sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya tanpa terikat dengan apa-apa keputusan dari keluarga suami. Seorang isteri memiliki hak tinggal di rumah yang terpisah dari keluarga suaminya, demikian juga dia memiliki hak rahsia rumah-tangga tidak boleh diketahui oleh orang luar dari rumahnya mahupun dari keluarganya tanpa ada campur-tangan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian seorang suami semestinya barbincang dengan isterinya dalam urusan kekeluargaan yang khusus dan penting seperti pemilihan pasangan untuk anak-anak dan seumpamanya. Hal ini kerana prinsip perbincangan merupakan akhlak utama di dalam Islam, Allah SWT telah berpesan dalam hal kekeluargaan yang khusus seperti penyusuan untuk diadakan perbincangan antara suami dan isteri. Allah SWT berfirman:

÷bÎ*sù #yŠ#u‘r& »w$|ÁÏù `tã <Ú#ts? $uKåk÷]ÏiB 9‘ãr$t±s?ur Ÿxsù yy$oYã_ $yJÍköŽn=tã 3 ÇËÌÌÈ

Mafhumnya: “kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).” (al-Baqarah: 233)

Dalam ayat ini, Allah SWT tidak memasukkan adik-beradik atau Qarabah untuk campur tangan dalam urusan suami-isteri, melainkan jika kedua-dua pasangan suami dan isteri meminta pandangan mereka. Atau jika mahu mereka boleh memberi pandangan dalam bentuk nasihat atau berpesan-pesan dengan kebenaran bukan dalam bentuk menekan dan mendesak.


Cetak  
Wallahu a'lam