Soalan:
Bagaimanakah bentuk kewajipan seorang bapa memberi nafkah kepada anaknya. Harap dapan penjelasan dari Ustaz. Terima kasih.
Jawapan:
Saya bahagikan jawapan ini kepada beberapa bahagian seperti di bawah:
- Para ulama bersepakat, seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya yang memerlukan. Bagi anak lelaki sehinggalah dia baligh, sihat fikiran dan mampu berusaha sendiri. Manakala bagi anak perempuan sehinggalah dia berkahwin. Nafkah ini menjadi wajib ke atas bapa sekiranya sianak memerlukannya. Namun jika sianak tidak memerlukannya kerana dia sendiri memiliki pendapatannya, maka tidak wajib nafkah itu dikeluarkan oleh bapanya. Ibn al-Munzir RH berkata:
وأجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم، على أن على المرء نفقة أولاده الأطفال الذين لا مال لهم؛ ولأن ولد الإنسان بعضُه،ُ وهو بعضً والدهِ، فكما يجب عليه أن يُنفق على نفسه وأهله كذلك على بعضه وأصلِه
Maksudnya: “Telah bersepakat semua ulama yang kami ambil ilmu dari mereka, wajin ke atas seseorang mengeluarkan nafkah untuk anak-anaknya yang tiada harta, kerana anak seseorang dikira sebahagian darinya, sebagaimana seseorang itu wajib mengeluarkan nafkah untuk dirinya, dan keluarganya, maka demikianlah dia juga wajib mengeluarkan nafkah….”
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
4 ÷bÎ*sù z`÷è|Êör& ö/ä3s9 £`èdqè?$t«sù £`èduqã_é& ( ÇÏÈ
Maksudnya: “kemudian jika mereka (isteri) menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya” (al-Tolaq: 6)
n?tãur Ïqä9öqpRùQ$# ¼ã&s! £`ßgè%øÍ £`åkèEuqó¡Ï.ur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ 4 ÇËÌÌÈ
Maksudnya: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (al-Baqarah: 233)
Sabda Nabi SAW kepada Hindun isteri Abu Sufian RA:
خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف
Maksudnya: “Ambillah apa-apa yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan cara yang patut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Wahab katanya, seorang Maula kepada Abdullah bin ‘Amr berkata: “Daku hendak bermukim selama sebulan di sini di Baitul Maqdis. Lalu Abdullah bin ‘Amr berkata kepadanya: “Apakah kamu telah tinggalkan makanan sebulan ini untuk ahli keluarga kamu?” Dia menjawab: “Tidak!” Kata Abdullah bin ‘Amr: “Baliklah ke pangkuan keluargamu, tinggalkan makanan untuk mereka, sesungguhnya daku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
كفى بالمرء إثماً أن يضيع من يقوت
Maksdnya: “Cukuplah seseorang lelaki itu dianggap berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawab memberi makan kepada orang yang dibawah tanggungjawabnya.” (HR Ahmad dan Abu Daud)
Di sisi Muslim di dalam Sahihnya dengan lafaz:
كفى بالمرء إثماً أن يحبس عمن يملك قوته
Maksudnya: “Cukuplah seseorang itu dikira berdosa apabila dia menahan makanan untuk yang di bawah tanggungjawabnya.” (HR Muslim)
Semua nas-nas syarak ini menjadi bukti wajibnya seorang lelaki mengeluarkan nafkah untuk keluarganya. Tidak boleh diabai dan diringankan sebaliknya hendaklah dilaksanakan dalam bentuk yang terbaik.
- Namun sekiranya anaknya seorang yang kaya atau mampu menanggung dirinya sendiri, sekalipun anak itu masih kecil, maka kesemua para ulama sepakat bapanya tidak wajib mengeluarkan nafkah untuk anak tersebut.
- Para ulama pula berbeza pendapat jika anak tersebut seorang anak lelaki yang miskin, namun mampu untuk berusaha mendapatkan rezeki. Kebanyakan ulama berpandangan tidak wajib memberi nafkah kepadanya kerana dia mampu atau ada kekuatan untuk mendapatkan rezeki. Pernah ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH berkenaan seorang bapa yang kaya yang mempunyai seorang anak yang susah, apakah wajib ke atas bapa tersebut memberi nafkah kepada anaknya?
Beliau menjawab: “Ya wajib ke atas sibapa memberi nafkah ke atas anaknya dengan cara yang sepatutnya jika si anak itu seorang fakir lagi tidak mampu berusaha, sedangkan bapanya seorang yang kaya.” (Lihat al-Fatawa al-Kubra dan Majmu’ al-Fatawa)
Dapat difahami dari perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini bahawa, nafkah menjadi wajib ke atas bapa untuk anak tersebut jika si anak fakir dan tidak mampu berusaha. Adapun jika si anak mampu dan ada kekuatan untuk berusaha maka tidak wajib nafkahnya ditanggung oleh sibapa.
- Para ulama berbeza pandangan bagi anak perempuan yang telah baligh, apakah nafkahnya wajib ke atas bapanya? Kebanyaka ulama berpandangan sibapa wajib mengeluakan nafkah untuk anak perempuan yang sudah baligh sehinggalah dia berkahwin. Dan pandangan ini adalah pandangan yang lebih menghampir kebenaran.