SDI 1664: Anak Bawa Ibu Dalam Iddah Kematian Suami Ke Rumahnya

Soalan:

Berkenaan iddah kerana kematian. Bolehkah si anak membawa si ibu yang dalam iddah ke rumahnya buat sementara waktu atau hanya pada setiap hujung minggu untuk mengelak dari si ibu berseorangan atau kesepian?

Jazakallahukhairan kathira ustaz.

Jawapan:

Yang memerintahkan seorang isteri yang kematian suami: يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا “hendaklah mereka (para isteri itu) beriidah selama empat bulan sepuluh hari” adalah Allah SAW. Oleh itu kerana itu setiap ahli keluarga bertanggungjawab terutamanya anak-anak siibu sepatutunya tolong ibu supaya dia dapat mematuhi perintah Allah SWT. Itu sikap keluarga muslim yang septutnya. Mereka bukan hanya memikirkan boleh tak saya nak bawa balik emak saya ke rumah seminggu sekali kerana tak nak bagi ibu keseorangan. Bukan itu cara fikir. Sepatutnya dia sebagai seorang anak berusaha, jika dia bimbangkan ibu dia keseorangan atau kesepian, sepatutnya dia yang mengambil tanggungjawab duduk bersama dengan ibu di rumah الزوجية iaitulah rumah ibu dan ayah tinggal bersama, untuk membantu ibu dapat beriiddah di rumah dia tinggal bersama dengan suaminya. Inilah perintah dari Allah SWT. Jadi anak-anak sepatutnya membantu siibu, bukan dia asyik nak fikirkan bagaimana nak ambil ibu supaya dapat tidur di rumah mereka. Sepatutnya dia yang berkorban untuk memastikan ibu dia dapat mematuhi perintah Allah SWT. Tak lama tempohnya, hanya empat bulan sepuluh hari sahaja. Maka oleh kerana itu, anak-anak bertanggungjawab untuk korbankan masa mereka supaya dapat bersama ibu dalam tempoh empat bulan sepuluh hari sebagai membantu ibu mereka mematuhi perintah Allah SWT. Selepas habis tempoh empat bulan sepuluh hari, bawalah siibu, nak bawa balik ke rumah untuk selama-lamanya ker, bila masa yang dikehendaki, setiap hari ker, seminggu sekali ker, semua tiada masalah kerana perintah beriidah kepada seorang isteri yang kematian suami hanya empat bulan sepuluh hari sahaja.


Cetak  
Wallahu a'lam