SDI 1678: Membantu Orang Tua

Assalamualaikum ustaz.

Barakallahu fik. Kawan bertanya;

Soalan:

ibu ayah diusia pencen mendapat wang saku rm750 sebulan, air dan elektrik dibayarkan juga oleh anak. Kami anak² merasa 750 untuk diorang berdua, adalah cukup tetapi kerana mereka jenis mudah berhutang nak tolong anak lain yang diorang anggap susah. Ayah selalu bagi hint perihal kewangan seolah nak minta anak² top up belanja bulanan. Tapi anak² dikalangan berjualan sendiri cari rezeki dan dizaman ini perbelanjaan juga agak mahal, dengan anak² yang membesar.

Rasa sedih dan berdosa juga tak dapat nak tolong sangat.. Nak mintak dengan suami pun segan. Berdosa ke kami anak² perempuan tak cuba minta duit suami? Sebab tahu ekonomi keluarga.

 

Lagi satu, ibu pergi gadaikan emas kat kedai cina, bunga (riba) agak mahal nak bayar, sedangkan emas tak juga dapat tebus kembali,duit cuma cukup bayar riba. Ibu akan gunakan wang yang diberi untuk riba pinjam emas.. Kadang² rasa kesal sebab ibu taknak pajak gadai ke arrahnu. Ada dalam fikiran taknak bagi cash, bagi barang keperluan sahaja. Berdosa ke kami fikir macamni?

Jawapan:

Anak-anak wajib menanggung nafkah ibu bapa jika mereka tidak mampu menanggung sendiri keperluan mereka, menurut kemampuan anak-anak. Anak yang tidak mampu mengeluarkan belanja kepada orang tua, tidak berdosa kerana perintah syarak terkait dengan kemampuan. Tidak boleh membebankan pasangan untuk membantu orang tua kita, kerana perkara itu di luar dari tanggungjawab pasangan.

Ibu yang berurusan dengan pajak-gadai yang tidak mematuhi syarak melakukan perbuatan dosa. Menjadi tanggungjawab anak menasihati ibu dengan cara yang baik.


Cetak  
Wallahu a'lam