SDI 1042: Hukum Talak Dipaksa

Assalamualaikum Ustaz,

Pohon pencerahahan. 1 lelaki kahwin isteri ke 2 di Thailand. Tak lama Kemudian dia ceraikan isteri ke 2 melalui rakaman video yg dengan jelas dia ceraikan isteri ke 2 nya. keesokan harinya lelaki tersebut beritahu isteri ke 2 yg talak tak jatuh sebab dia telah dipaksa oleh isteri pertama untuk ceraikan isteri ke 2, jika tidak isteri pertama akan bunuh diri nya sendiri atau cederakan anak dgn isteri pertama.

Dalam si suami kata talak tak jatuh, dia dengan paksaan isteri pertama (katanya) telah ke Thailand semula untuk dapatkan sijil cerai & sijil tersebut telah di keluarkan. Namun si suami masih bertegas menyatakan kepada isteri ke 2 yg talak tak jatuh. Perkahwinan dgn isteri ke 2 tidak di daftarkan di Malaysia.

Pohon pandangan Ustaz dalam hal ni.

Terima kasih.

Jawapan:

Pada asasnya, talak dipaksa TIDAK JATUH. Inilah pandangan majoriti ulama, mazhab Maliki, Syafie dan Hambali.

Namun permasalahan spt ini tak boleh diselesaikan dgn hanya soal-jawab di FB. Nasihat saya supaya dapatkan pandangan ustaz yg berdekatan atau yg terbaik rujuk kes ke mahkamah.


Cetak  
Wallahu a'lam