Soalan:
Ustaz benarkan bapa didahulukan berbanding ibu?
Jawapan:
1) Hadis yg menyatakan "sesungguhnya syurga di bawah kaki para ibu" adlh hadis yg TIDAK SAHIH.
Namun maksud yg sama telah disebut di dlm hadis sahih diriwayatkan oleh al-Nasa'ie dan selain beliau dr Mu'awiyah bin Jama'ah yg brkata:
يا رسول الله، أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك. فقال: هل لك أم؟ قال: نعم. قال: فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Maksudnya: "wahai rasulullah, daku ingin pergi berperang, daku dtg utk mminta bimbimngan dr mu." Kata baginda: "apakah kamu masih ada ibu?" Jawabnya; "ya." Sabda Nbi: "Maka tetaplah bersamanya, ssungguhnya syurga di bwh dua kakinya."
Hadis ini tlh dinilai sbg sahih oleh al-Hakim, disepakati oleh al-Zahabi dan dipersetujui oleh al-Munziri.
Justeru, bagi ssiapa yg hendak membicarakan tajuk ini. Maka memadailah utk dia berhujjah dgn hadis yg sahih ini. WA
2) ttg pandangan Yg Berbagia Dr. Khalid Basalamah حفظه الله itu:
i) Itu pandangan beliau.
ii) jumhur ulama berpandangan didahulukan ibu berbanding bapa dlm perkara ketaatan ketika berlaku pertentangan hak.
Sehingga al-Son'ani menyatakan:
وأما إذا تعارض حق الأب وحق الأم : فحق الأم مقدم ؛ لحديث البخاري : قال رجل يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحبتي قال أمك ثلاث مرات ثم قال أبوك ؛ فإنه دل على تقديم رضا الأم على رضا الأب .
Maksudnya: apabila saling bertentangan hak bapa dan hak ibu, maka hak ibu itu didahulukan berdasarkn hadis alBukhari: kata seorg lelaki: wahai rasulullah, siapakah org yg lebih berhak perbuatan baikku utknya?" Baginda menjawab: "ibumu" 3x, kemudian br baginda berkata: "bapamu" Ini menunjukkan hendaklah didahulukan memperolehi redha ibu di atas redha bapa..."
Seterusnya alSon'ani berkata:
قال القاضي عياض : ذهب الجمهور إلى أن الأم تفضل على الأب في البر ، ونقل الحارث المحاسبي الإجماع على هذا
Maksudnya: "kata alQadhi 'Iyadh: majoriti ulama berpndangan ibu dilebihkan berbndg bapa dlm melakukan kebaikan. AlHarith alMahasibi menukilkan ijmak dlm hal ini." (Subul alSalam 2/632)
3) Tidak dinafikan di dlm ssuatu keluarga, seorg bapa adlh ketua. Arahannya dlm perkara ma'ruf wajib ditaati oleh isteri (ibu kpd anak2nya) dan anak2nya sendiri.
Seorg ibu yg sengaja menyalahi arahan suaminya sehingga menjadikan anak2 tidak lagi menghormati sibapa, berkongsi dosa bahkan ia memikul dosa penyebab kpd penderhakaan anak kpd bapa mereka.