SDI 0962: Baju Saya ke Tempat Kerja Suami Wajib Belikan?

Soalan:

Ustaz, saya seorg wanita bekerjaya, ada pendapatan sendiri. Baju dan kasut saya, alat solek saya beli dgn duit saya sendiri. Suami saya pula bayar sewa rumah dan bil2 berkaitan. Soalan saya ialah apa kewajipan nafkah yg saya berhak terima dr suami saya? Apakah suami saya wajib bagi nafkah sbg contih nafkah pakaian hanya jika setlh baju saya koyak atau lusuh? Mohon jawapan ustaz.

Jawapan:

Nafkah wajib dr seorg suami kpd isteri adlh berdasarkan kemampuan suami. Suami juga TIDAK BOLEH meletakkan tanggungjawab nafkah isteri ke atas diri isteri sendiri, sekakipun jika siisteri seorg yg kaya. Jika ini berlaku bermakna sisuami telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Melainkan jika siisteri sendiri yg redha utk menanggung perbelanjaan dirinya sendiri.

Berkaitan nafkah pakaian, ia bukanlah menjadi syarat diberi pd setiap tahun, atau setiap musim sekalipun baju masih ada dan sesuai dipakai. Bukan juga diberi sehingga tunggu baju yg ada koyak dan lusuh. Sebaliknya pakaian wajib disediakan oleh suami berdasarkan keperluan siisteri dan berdasarkan kemampuan suami, tanpa menjejaskan tanggungan2 mesti suami yg lain. alQuran mengungkapkan dgn ungkapan "secara makruf" yg ditefsirkan oleh Ibn Kathir sbg: "berdasarkan kebiasaan wanita sptnya (siisteri) di negerinya, tanpa pembaziran dan tanpa kedekut, sbliknya menurut kemampuan (suami) ketika senang, ketika pertengahan dan ketika sempit."

Bagi wanita bekerjaya spt puan, suka saya jelaskan bahawa dr sudut nafkah pakaian, sudah tentu puan memerlukan pakaian yg lebih berbanding wanita yg tidak bekerjaya, spt puan memerlukan baju yg banyak dan baharu utk dipakai bekerja. Pakaian spt ini BUKAN atau TIDAK termasuk dlm nafkah wajib dr suami. Sebaliknya nafkah wajib pakaian dr suami adlh pakaian utk dipakai di rumah dan utk dipakai dlm urusan2 kehidupan harian.


Cetak  
Wallahu a'lam