SDI 0284: Doa Anak Angkat Kepada Dua Orang Tuanya

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada seorang anak angkat susuan. Soalan saya, jika ditakdir kan Allah anak angkat saya ni menjadi orang soleh. Adakah saya dan isteri termasuk dalam golongan yang akan menerima berkat doa nya terhadap ibu bapa? tq ustaz.

Jawapan:

Kembali kpd maksud doa sianak. Apakah ketika dia berdoa dia maksudkan kpd ibu bapa susuannya atau ibu bapa kandungnya. Namun sudah pasti anda mendapat pahala kerana mendidik sianak menjadi seorang yang soleh. Semua kebajikan atau kebaikan yang dilakukan sianak hasil dari didikan anda, berterusan pahalanya dapat kepada anda. Terimalah khabar gembira ini.


Cetak  
Wallahu a'lam