Qullah قُلَّة

Dengan baris dhommah huruf Qaf dan Tasydid huruf Lam. Kalimah pluralnya ialah Qulal قُلَل dan Qilal قِلَال  adalah Jarrah جَرَّة iaitulah bekas yang dibuat dari tanah yang dibakar. Kadar isipadunya mampu dipikul oleh seorang insan (lelaki) yang pertengahan sekalipun ia penuh berisi. Ulama mazhab Syafi’ie menghitung al-Qullatain (dua qullah) dengan muka’ab (مكعّب) iaitu bekas memiliki enam permukaan empat segi yang sama (bekas empat segi sama), setiap sisinya sepanjang satu, satu perempat hasta manusia. Ia menyamai 93.75 sa’ bersamaan 160.5 liter air.


Cetak