al-Tolasim الطلاسم

Di dalam kamus al-Ghaniy dinyatakan: Iaitulah garisan-garisan yang kabur dan tidak jelas (maksudnya) yang dilukis oleh ahli sihir, dengan dakwaan perkara itu dapat menolak keburukan dan membantu menunaikan hajat-hajat. 

Di dalam al-Ra’id (الرائد) dinyatakan: Iaitulah garisan-garisan dan nombor-nombor yang digunakan oleh ahli-ahli sihir. Kalimah mufradnya ialah al-Tolsam الطلسم, termasuk di dalamnya perkataan-perkataan yang tidak jelas atau yang seumpamanya.

Di dalam Mu'jam al-Lughah al-Mu'asir dinyatakan طِلَسْم [مفرد]: ج طِلَسْمات وطَلاسِم antara yang dimaksudkan ialah garisan-garisan dan bilangan-bilangan, di mana penulisnya mendakwa dengan perkara tersebut dapat menghubungkan unsur-unsur kerohaniah bintang-bintang yang tinggi dengan unsur-unsur alam dunia yang di bawah untuk memperolehi perkara yang disukai dan menjauhkan keburukan.  

Di dalam Lisan al-'Arab dinyatakan apabila dikatakan: طَلْسَم الرجل bermaksud كرّه وجهه وقطّبه:  bermaksud lelaki itu mengerutkan wajahnya. Maka makna talsam pada bahasa merujuk kepada الإطراق dan تقطيب الوجه iaitulah mengerutkan wajah.

Di dalam Kasyf al-Zunun dinyatakan al-Talsam ialah simpulan yang tidak akan terungkai. Namun Syihab al-Din al-Khafaji membantah pernyataan ini dan berpandangan talsam adalah lafaz yang berasal dari Yunan bukan Arab.,

 

Maksud Pada Istilah

Ibn Sina memberi pengertian kalimah Tilismat atau talsamat sebagai: تمزيج القوى الفعالة السماوية، بالقوى المنفعلة الأرضية iaitulah "menggabungankan kekuatan aktif yang dinisbahkan kepada langit dengan kekuatan pasif yang dinisbahkan kepada bumi."   

Kata al-Razi الطلسم عبارة عن تمزيج القوى الفعالة السماوية، بالقوى المنفعلة الأرضية، لإحداث ما يخالف العادة، أو للمنع مما يوافق العادة iaitulah  "Menggabungkan kekuatan aktif yang dinisbahkan kepada langit dengan kekuatan pasif yang dinisbahkan kepada bumi, bagi menghasilkan apa-apa yang menyalahi kebiasaan atau menghalang sesuatu dari perkara yang bersesuai dengan kebiasaan." 

Ia termasuk dalam kategori ilmu planet bintang dan sihir, di mana ilmu planet bintang dari kategori sihir itu terbahagi kepada dua bahagian: 

Pertama: ilmi iaitulah pembuktian dan menjadikan petunjuk dengan pergerakan planet bintang terhadap perkara-perkara yang berlaku di bumi. 

Kedua: amali iaitulah yang didakwa menggabungkan kekuatan yang dinisbahkan kepada langit dengan kekuatan yang dinisbahkan kepada bumi, seperti (ilmu) talsam dan seumpamanya. Ia merupakan ilmu sihir yang paling tinggi. Ia juga sejenis ilmu sihir dan planet bintang, di mana syaitan-syaitan menyerupai bentuk ruhani-ruhani planet untuk mempengaruhi kejadian-kejadian yang berlaku di dunia. 

Talasim ini mengandungi perbuatan membesar, mengagung dan pengibadatan kepada jin untuk memperolehi bantuan. Orang yang mengamalkannya juga berkeyakinan bahawa yang memberi kesan ialah planet bintang. Apa-apa yang terzahir kepada mereka adalah jin yang berbicara dengan mereka dan mereka meyakininya adalah ruh-ruh planer bintang yang berbicara dengan mereka. Pengamal sebegini adalah golongan jahil dan melakukan kesyirikan dengan kesyirikan yang jelas.  (Lihat al-Alfadz wa al-Mustalahat al-Muta'alliqah bi Tauhid al-Rububiyyah oleh Amal binti 'Abd al-'Aziz al-'Amr, hal. 326-327)

 


Cetak