Asal kalimah al-Nikah pada bahasa ia bermaksud himpun dan gabung (الضم والجمع). Dalam bahasa ‘Arab ia diitlaqkan secara hakikat membawa maksud al-Wath’ (الوطء). Secara majaz memaksudkan kepada akad, kerana ia adalah sebab kepada al-Wath’ al-Mubah.[1]
Pada istilah, ia memaksudkan kepada akad perkahwinan secara hakikat, memaksudkan kepada persetubuhan (al-Wath’) secara majaz. Ada juga yang berpandangan sebaliknya, iaitu memaksudkan persetubuhan secara hakikat dan memaksudkan kepada akad secara majaz. Ada juga pandangan yang lain.[2]
-----------------------------
[1] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 44/12
[2] ibid