al-Taswir التصوير

Dari sudut bahasa:

  • al-Taswir التصوير ialah membuat gambar. Apabila dikatakan صورة الشيء iaitulah bentuk khas yang membezakan sesuatu dengan lainnya.
  • Menyebut gambaran sesuatu atau sifat sesuatu. Apabila dikatakan صورت لفلان الأمر iaitulah: Daku menggambarkan kepada orang itu perkara tersebut.”
  • Membuat gambar dalam ertikata membuat mithal sama ada membuat mithal sesuatu dan menyatakan bentuknya, sama ada secara mithal itu dalam bentuk yang berjisim المجسمة atau tidak seperti yang disebut oleh fuqaha’ sama ada ذات ظل atau غير ذات ظل.

Yang dimaksudkan dengan gambar berjisim الصورة المجسمة  atau  ذات الظل ialah gambar tiga dimensi, memiliki saiz, dan anggotanya timbul dan boleh dibeza dan dikenal-pasti dengan sentuhan.

Adapun gambar yang tidak berjisim الصورة غير المجسمة yang غير ذات الظل adalah gambar المسطحة, atau gambar dua dimensi yang dapat dikenal-pasti anggotanya dengan melihat sahaja.

Dari sudut Istilah:

            Tiada perbezaan makna pengistilahan kalimah التصوير dan الصورة dengan maksud pada lughah di sisi para fuqaha’.

            Kadang-kala kalimah تصويرة digunakan dengan maksud الصورة dan kalimah jamaknya ialah تصاوير seperti yang terdapat di dalam hadis ‘Aisyah R.’anha berkaitan tirai rumah beliau yang disabdakan oleh Nabi SAW:

أميطي[1] عنا قِرامك[2] هذا، فإنه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي[3]

Maksudnya: “Pindahkan dari kami, tiraimu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa mengganggu solatku.”

------------------------------------------- 

[1] Fath al-Bari: ( أَمِيطِي ) أَيْ أَزِيلِي وَزْنًا وَمَعْنًى

[2] Fath al-Bari: ( قِرَامٌ ) بِكَسْرِ الْقَافِ وَتَخْفِيفِ الرَّاءِ : سِتْرٌ رَقِيقٌ مِنْ صُوفٍ ذُو أَلْوَانٍ

[3] al-Bukhari


Cetak