al-Batiniyyah الباطنية

Kumpulan sesat yang paling bahaya dan lebih dahsyat mendatangkan kemudharatan berbanding kumpulan sesat yang lain. Dinamakan al-Batiniyyah الباطنية kerana para pengasasnya dari kalangan zuriat orang-orang Majusi. Mereka lebih cenderung kepada agama datuk-nenek moyang mereka akan tetapi mereka tidak berani menzahirkannya kerana takut diperangi oleh umat Islam. Mereka telah mentakwillan ayat-ayat alQuran dan hadis-hadis Nabi SAW bersesuaian dengan prinsip mereka. (I'tiqadaat Firaq alMuslimin wa alMusyrikin  oleh alRazi, tahkik Taha 'Abd alRauf, melalui  nota kaki Tafsir alQurtubi 1/44 cetakan Dar alHadith 1431H/2010M, Kaherah oleh Dr Muhammad Ibrahim alHifnawi)


Cetak