al-'Abd al-Muba'adh العبد المبعَّض atau al-Raqiq al-Muba'adh الرقيق المبعَّض adalah hamba yang sebahagian dirinya merdeka manakala sebahagian lagi masih kekal hamba. Gambaran berlaku hamba muba'adh:
1. Salah seorang tuan kepada hamba tersebut memerdekakan bahagiannya. Manakala rakan kongsinya yang juga memiliki hamba tersebut tidak memerdekakan bahagiannya.
2. Tuan kepada hamba tersebut memerdekakan sebahagian sahaja dari tubuh-badannya.
3. Hamba muba'adh melahirkan anak dari suaminya atau dari zina. Maka anak yang dilahirkan juga adalah seorang hamba muba'adh.
4. Anak yang dilahirkan oleh Hamba sahaya yang dimiliki secara perkongsian,