alQarinah القرينة

Berasal dari kalimah قرن yang menunjukkan sesuatu yang berkumpul dan saling bersama الجمع والمصاحبة. Kerana itu sahabat yang mendampingi seseorang dinamakan juga qarin. Qarin dgn maksud trman karib atau sahabat terdapat dalam firman Allah SWT:

وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ

Maksudnya: "Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Qur'an), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya." azZukhruf: 36)

Demikian juga seorang isteri dinamakan Qarin kerana dia teman karib suaminya.

Dari sudut Istilah, kebanyakan fuqaha dan ulama usul memberi tumpuan kepada kesan kepentingan, fungsi dan keperluannya qarinah tanpa memberi ta'rifan mendalam yang bersifat jami' dan mani', antara pengertian tersebut:

1. "(alQarinah) ialah apa-apa yang (berperanan) menerangkan makna lafaz dan menafsirkannya." (alTabsirah oleh alSyirazi, Abu Ishak Ibrahim bin 'Ali. Tahkik oleh Dr. Muhammad Hasan Hitu, Dar alFikr, Beirut. Halaman: 39

2. "Ia (alQarinah) adalah kenyataan orang yang bercakap selepas cakapnya, apa-apa yang menunjukkan bahawa maksud yang dikehendaki dari cakapnya yang pertama bukan apa yang disangkakan oleh orang lain." (alRazi, Fakhr alDin Muhammad bin 'Umar bin alHusain (w606H) di dalam alMahsul fi 'Ilm Usul alFiqh, cet; 3, 1418H, Muassasah alRisalah Beirut 1/332)

3. "Ianya (alQarinah) adalah tanda yang berperanan memberi bimbingan kepada pendengar, orang yang bercakap itu memaksudkan kpd majaz." (alQarafi, Syihab alDin Abu al'Abbas Ahmad bin Idris (W648H) di dlm Nafa-is alUsul fi Syarh alMahsul, tahkik: 'Adil 'Abd alMaujud dan 'Ali Mu'awwadh, cetakan ke-3 alMaktabah al'Ashriyyah, Beirut 1420H 3/843)

4. "Perkara yang mengisyaratkan kepada apa yang dikehendaki." (alJurjani, 'Ali bin Muhammad dlm alTa'rifat. Tahkik Ibrahim alAbyari, Dar alKitab al'Arabiy Beirut, cetakan pertama 1405H, halaman: 223)


Cetak