Kalimah غُسْلًا dengan Ghain dibaris Dhammah memaksudkan kepada apa-apa yang digunakan untuk membasuh. Jika dibaris kasrah huruf Ghain غِسْلًا ia memaksudkan apa-apa yang digunakan untuk membasuh kepala seperti daun bidara, al-Khitmi (الخِطمي – sejenis tumbuhan untuk membasuh kepala) atau seumpamanya. Jika dibaris fathah غَسْلًا adalah kata nama untuk perbuatan iaitulah mandi. Dengan dibaris dhammah غُسْلًا juga boleh dimaksudkan kepada perbuatan iaitu mandi dan air yang digunakan untuk mandi. Oleh itu untuk merujuk kepada perbuatan iaitulah mandi, boleh dibaris huruf Ghain dengan baris fathah غَسْلًا dan Dhammah غُسْلًا.
Sekumpulan mereka yang menulis lafaz-lafaz fiqh, menyangka perbuatan mandi tidak boleh melainkan dengan dibaris fathah huruf Ghain غَسْلًا, lalu mereka mendakwa para fuqaha tersilap mengatakan باب غُسل الجنابة والجمعة dan seumpamanya dengan dibaris dhammah huruf Ghain. Bantahan seperti ini adalah satu kekeliruan, bahkan ia boleh dibariskan dhammah atau fathah seperti yang telah dinyatakan.
- Lihat al-Nawawi dalam al-Majmu' Syarh al-Muhazzab 1/397 -