Telaga Budha'ah (بِئْرُ بُضَاعَةَ) adalah sebuah telaga yang masyhur di Madinah, dan ia bukanlah tempat takungan air (غَدِيرًا) atau saluran air yang mengalir ke kebun-kebun. Buktinya ialah jika ia merupakan kolam atau saluran air ke kebun, nescaya ia tidak dinamakan "بِئْرًا". Dalam al-Qāmūs disebut:
بِئْرُ بُضَاعَةَ بِالضَّمِّ وَقَدْ يُكْسَرُ بِالْمَدِينَةِ قُطْرُ رَأْسِهَا سِتَّةُ أَذْرُعٍ
“Telaga Budha'ah – dengan dhammah (huruf Ba), dan kadang-kadang dengan kasrah – terletak di Madinah. Diameter permukaan telaga itu adalah enam hasta.” Tamat.
Dan disebut dalam al-Nihāyah: “Ia adalah sebuah telaga yang terkenal di Madinah.” Tamat.
Abu Dāwud menyebut dalam Sunan-nya:
سَمِعْتُ قُتَيْبَةَ بْنَ سَعِيدٍ قَالَ سَأَلْتُ قَيِّمَ بِئْرِ بُضَاعَةَ عَنْ عُمْقِهَا قَالَ أَكْثَرُ مَا يَكُونُ الْمَاءُ إِلَى الْعَانَةِ قُلْتُ فَإِذَا نَقَصَتْ قَالَ دُونَ الْعَوْرَةِ،
“Aku mendengar Qutaybah bin Sa‘īd berkata: Aku bertanya kepada penjaga telaga Budha'ah tentang kedalamannya. Dia menjawab: “Air yang paling tinggi sampai ke bahagian al-‘Anah."
Kata Ahli Bahasa ia (al-‘Anah) adalah tempat tumbuh bulu di bahagian atas kemaluan qubul lelaki dan perempuan.
Aku (Qutaibah) bertanya: “Bagaimana jika berkurang?” Dia (Penjaga kebun) berkata: “Di bawah batas aurat (bawah lutut).”
Abu Dāwud berkata:
وَقَدَّرْتُ أَنَا بِئْرَ بُضَاعَةَ بِرِدَائِي مَدَدْتُهُ عَلَيْهَا ثُمَّ ذَرَعْتُهُ فَإِذَا عَرْضُهَا سِتَّةُ أَذْرُعٍ وَسَأَلْتُ الَّذِي فَتَحَ لِي بَابَ الْبُسْتَانِ فَأَدْخَلَنِي إِلَيْهِ هَلْ غُيِّرَ بِنَاؤُهَا قَالَ لَا وَرَأَيْتُ فِيهَا مَاءً مُتَغَيِّرَ اللَّوْنِ
“Aku telah mengukur sendiri telaga Budha'ah dengan rida’ku (selendang). Aku bentangkan kain itu di atasnya lalu aku ukur, maka lebarnya adalah enam hasta. Aku juga bertanya kepada orang yang membukakan pintu kebun untukku dan membawaku masuk ke dalamnya, adakah binaannya telah diubah? Dia menjawab: ‘Tidak.’ Dan aku melihat di dalamnya air yang berubah warna.”
Kata al-Nawawi: "iaitulah (perubahan) kerana lamanya tinggal tumbuhan yang berada di dalamnya, bukan disebabkan kewujudan benda luar di dalamnya." (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, juga; Ghayah al-Maqsud fi Syarh Sunan Abi Daud oleh: al'Azhim Abadi 1/246)