Makna Sabar

Maksud Sabar dari Segi Bahasa:

Sabar adalah lawan kepada gelisah (الجَزَع). Tasrifnya: صَبَر يصبِرُ صبـرًا، فهو صابرٌ وصَبَّارٌ وصَبيرٌ وصَبورٌ, kalimah وصَبورٌ juga digunakan untuk wanita tanpa perlu huruf Ha menandakan perempuan. Kalimah pluranya ialah صُبُرٌ. Asal kata الصَبْرُ membawa makna menahan atau menghalang (الحَبسُ والْمَنعُ). Setiap orang yang menahan sesuatu disebut: فقد صَبَّرَه. Oleh itu الصَبْرُ ialah: حَبسُ النَّفسِ عنِ الجَزَعِ atau menahan diri daripada berasa gelisah atau panik. Sebahagian ulama mengatakan asal kalimah الصَبْرُ membawa maksud kesangatan dan kekuatan (الشِّدَّةِ والقوَّةِ), seperti ayat: الصَّبرُ للدَّواءِ المَعروفِ؛ لشِدَّةِ مَرارَتِه yang digunakan dalam konteks sabar terhadap pahitnya ubat yang memerlukan ketahanan. Ada pula yang menyatakan bahawa sabar diambil daripada makna mengumpul dan menggabung (الجَمعِ والضَّمِّ). Oleh itu seorang yang bersabar (الصابر) ialah orang yang mengawal dirinya daripada kegelisahan dan ketakutan. Dari makna ini lahirnya ungkapan صُبْرَةُ الطَّعامِ merujuk kepada himpunan makanan tanpa ditimbang dan diukur isipadunya. Justeru sabar meliputi tiga aspek utama: menahan, ketabahan, dan pengendalian (المَنعَ والشِّدَّةَ والضَّمَّ). (Lihat Al-Shihah oleh Al-Jawhari (hlm. 706), Lisan al-Arab oleh Ibn Manzur (jil. 4/hlm. 437), dan Uddah al-Sabirin wa Zhakhirah al-Shakirin oleh Ibn al-Qayyim (hlm. 15).)

 

Maksud Sabar dari Segi Istilah:

[1] Sabar ialah menahan diri daripada perkara yang diharamkan oleh Allah, menahan diri untuk melaksanakan kewajipan-Nya, dan menahan diri daripada mengeluh atau mengadu terhadap ketentuan-Nya (حَبسُ النَّفسِ عن مَحارِمِ اللهِ، وحَبسُها على فرائِضِه، وحَبسُها عنِ التَّسَخُّطِ والشِّكايةِ لأقدارِه). (((رسالة ابن القيم إلى أحد إخوانه)) (ص: 18).)

[2] Sabar ialah menahan diri daripada gelisah, menahan lidah daripada mengadu, dan menahan anggota badan daripada bertindak seperti menampar pipi, merobek pakaian, atau tindakan seumpamanya (حَبسُ النَّفسِ عنِ الجَزَعِ، واللِّسانَ عنِ التَّشَكِّي، والجَوارِحَ عن لطمِ الخُدودِ وشَقِّ الثِّيابِ ونَحوِهما) (Uddah al-Sabirin wa Zhakhirah al-Shakirin" oleh Ibn al-Qayyim (hlm. 15).).

[3] Sabar bermaksud tidak mengadu kepada makhluk tentang penderitaan yang dialami kecuali kepada Allah (تَركُ الشَّكوى مَن ألمِ البَلوى لغَيرِ اللهِ لا إلى اللهِ). ("Al-Ta'rifat" oleh Al-Jurjani (hlm. 131))

[4] Sabar ialah menahan diri dan menurut apa yang dituntut oleh akal dan syarak, atau menghindarkan diri daripada apa yang dilarang oleh keduanya (حَبسُ النَّفسِ على ما يقتَضيه العَقلُ والشَّرعُ، أو عَمَّا يقتَضيانِ حَبسَها عنه). ("Mufradat Alfaz al-Qur'an al-Karim" oleh Al-Raghib al-Asfahani (hlm. 474). Definisi yang hampir serupa diberikan oleh Ibn al-Qayyim yang menyatakan bahawa sabar adalah keteguhan hati terhadap hukum-hukum takdir dan syariat (ثباتُ القلبِ على الأحكامِ القَدَريَّةِ والشَّرعيَّةِ). "Al-Ruh" (hlm. 241). Al-Zabidi turut menyebut definisi lain tentang sabar. Lihat: "Taj al-Arus" (jil. 12/hlm. 272-273).)


Cetak