Soalan:
Assalamualaykum Ustadz.
Saya hanya ingin pengesahan mengenai sunnah memperbaharui wudhu setiap kali solat (walaupun tiada perkara yg membatalkan wudhu)
Adakah boleh kita gunakan hadits ini
Maksudnya: Abu Hurairah -Radiyallahu ‘anhu- berkata bahawa Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Jika tidak membebankan umat-ku nescaya aku perintah mereka agar berwudu’ untuk setiap solat dan bersiwak setiap kali berwudu’.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Jawapan:
Hadis tersebut telah dinilai sebagai Hasan oleh para pentahkik kitab alMusnad. Demikian juga alAlbani di dlm Sahih alJami' 5318.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RH, lafaz Arabnya:
لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي ، لَأَمَرْتُهُمْ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ بِوُضُوءٍ ، ومَعَ كُلِّ وُضُوءٍ بِسِوَاكٍ ، وَلَأَخَّرْتُ عِشَاءَ الْآخِرَةِ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ
Hadis ini tidak boleh bersendirian. Ia mesti difahami dgn bantuan hadis2 lain. Kesimpulannya ia menunjukkan Sunat mengulangi wudhu bagi setiap solat fardhu dan bukan wajib.