Daripada Anad bin Malik RA katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَبْعَةً، لَيْسَ بِالطَّوِيلِ وَلَا بِالْقَصِيرِ، حَسَنَ الْجِسْمِ، وَكَانَ شَعْرُهُ لَيْسَ بِجَعْدٍ وَلَا سَبْطٍ، أَسْمَرَ اللَّوْنِ إِذَا مَشَى يَتَكَفَّأُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah seorang yang pertengahan tingginya. Tidak terlalu tinggi dan tidak rendah. Elok tubuh badan baginda. Rambut baginda tidak terlalu kerinting tidak juga terlalu lurus. Kulit baginda berwarna putih dan sedikit kemerahan. Apabila baginda berjalan, baginda seperti menuruni kawasan rendah.” (HR al-Tirmizi di dalam kitab Jami’ beliau, bil. 1754, dan berkata: Hasan Sahih Gharib)
Makna Ungkapan Dan Perkataan
- Ungkapan حَسَنَ الْجِسْمِ membawa maksud sesungguhnya Allah SWT telah menganugerahkan kepada baginda tubuh badan yang sempurna dari sudut fizikal dan teratur anggota tubuh badan. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:
وَكَانَ خَلْقُهُ وَصُوْرَتُهُ مِنْ أَكْمَلِ الصُّوَرِ وَأَتَمِّهَا وَأَجْمَعِهَا لِلْمَحَاسِنِ الدَّالَّةِ عَلَى كَمَالِهِ
Maksudnya: “Dan fizikal dan rupa paras baginda adalah dari sesempurna rupa paras, paling lengkap dan menghimpunkan keelokan-keelokan yang menunjukkan kesempurnaan baginda.”[1]
- Ungkapan أَسْمَرَ اللَّوْنِ seperti bertentangan dengan riwayat sebelumnya yang menyebut وَلَا بِالْجَعْدِ yang bermaksud: “tidaklah (kulit) baginda itu al-Ja’d. kalimah الجعد adalah sama dengan الأسمر, iaitulah warna diantara putih dan hitam. Justeru sebahagian ulama berpandangan lafaz ini iaitulah أَسْمَرَ اللَّوْنِ tidak thabit, kerana lafaz ini diriwayatkan secara menyendiri oleh Humaid (حميد) daripada Anas. Sedang para periwayat lainnya berbeza dengan beliau, di mana mereka meriwayatkan dengan lafaz أَزْهَرَ اْللَّوْن.
Sebahagian ulama lain pula berpandangan yang dimaksudkan dengan أَسْمَرَ اللَّوْنِ di sini ialah kemerahan yang lembut bercampur dengan warna putih yang lebih jelas.
- Manakala ungkapan إِذَا مَشَى يَتَكَفَّأُ bermaksud apabila baginda berjalan, seolah-olah sedang menuruni kawasan rendah. Al-Albani membuat penerangan dengan menyebut: “(ketika berjalan) baginda condong ke hadapan, seperti sebuah bahtera yang berlayar.”[2] Ia menggambarkan kecergasan dan kekuatan.
[2] Mukhtasar al-Syama’il al-Muhammadiyyah. hal. 14