Baca: Solat Hifz alQuran Bersumberkan Hadis Palsu
Susulan SDI 0387: Saya kongsikan di sini dailog di ruang komen terhadap status saya: SDI 0387 Solat Hifdz alQuran Bersumberkan Hadis Palsu”
Lah Abu Hizqil:
Hadis 40 pn x hafal nk rad ulama bertaraf syeikhul hadis.....
Kitb syeikhul hadith maulana zakariyya al kandahlawi yg mnjelaskan tntg hujah2 dn sandaran dalil bg golongn yg mnyatakn trdptnya hadis2 dn cerita yg palsu didlm kitb fadhail amal...
Kitb yg bertjuk " tahqiqul maqal fi takhrij ahadith fadhail a'amal "
Kata guruku syeikhul hadith maulana jamal hussin tayyib ghulam al barmawi tiada langsung hadith palsu didlm kitb fadhail a'amal , yg ada pn hadith dhaif yg bertaraf hasan dngn bantuan riwayat2 yg lain....
Matan jurumiyyah pn x hafal nk rad ulama bertaraf raissul muhaddithin...apa ni ??? Adakh kita mmpu mngarang kitb setebal 15 jilid syarah muwatta imam malik sepertimana yg dikarang oleh beliau ??
Aujazul masalik syarah muwatta imam malik .
Bin Sahak:
Lan Lah Abu Hizqil,
Maulana alKandahlawi RH kata apa tentang hadis itu?
Tahukah En Lah Abu Hizqil? yang menghukum Palsu itu bukan orang yang tidak hafal hadis 40 dan Matn Jurumiah, tetapi al-Imam alZahabi, demikian juga alAlbani.
Lah Abu Hizqil:
Al bani .... ptutlah...
Sedgkn ustz zahazan Didlm bukunya 101 doa yg sahih cetakn telaga biru krgn ustz zahazan beliau memasukkn doa solat 4 surh ini...
Mahathir Fatimah:
wahabi ni
Ameen Abdullah:
Hmmm,pelik ust ni,ust ka?maulana Lah Abu Hizqil,x leh buat apa dh ust ni,al bani punya geng
خليل حصري زينول
nah, betul ka dilarang oleh Nabi Ustaz?
Nick ZulHamizan:
Percaya sgt kt anak sahak nie.. Bkn betol pon .. Geng albani nie mmg abes sume nk dipalsukan ...
Bin Sahak:
Saya telah nyatakan di atas, al-Imam alZahabi juga menghukum hadis ini sebagai PALSU. Selepas menyertakan hadis tentang solat Hifz alQuran di dalam kitabnya Siyar A'lam alNubala', beliau berkata:
هذا عندي موضوع والسلام
Maksudnya: "Hadis ini di sisiku adalah MAUDHU' (palsu), wassalam." Boleh semak sendiri kitab alSiyar, juzuk 9/218, cetakan Muassasah alRisalah, tahun 1422H/2001M.
Zaid Al-Khoir:
setiap pendapat ad hujah...apa masalah nak tuduh2 label2 owg ni..hurm
خليل حصري زينول:
Ustaz, bagaimana berkenaan Imam Hakim al-Naisaburi dalam kitab Mustadrak, jilid 1, bab solat-solat sunat, hadis no.1191 - beliau berkata sahih?
Dan Al Imam Thabarani rahimahullah ada juga meriwayatkan hadis yang sama dalam Mu'jam al-Kabir, jilid 11, hadis no.12036..
jazakallah ust
Bin Sahak:
alHakim masyhur sebagai Mutasahil dalam menghukum sahih hadis. Pentashihan beliau terhadap hadis ini tidak benar. Hal ini dinyatakan oleh al-Imam alSyaukani, kata beliau:
" ولم تركن النفس إلى مثل هذا من الحاكم ، فالحديث يقصر عن الحسن فضلا عن الصحة ، وفي ألفاظه نكارة ، وأنا في نفسي من تحسين هذا الحديث فضلا عن تصحيحه ، فإنه منكر غير مطابق للكلام النبوي ، والتعليم المصطفوي ، وقد أصاب ابن الجوزي بذكره في الموضوعات ، ولهذا ذكرته أنا في كتابي الذي سميته
الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة"
Maksudnya: "dan jangan cenderung kepada hukuman seperti ini dari alHakim. Hadis tersebut terhalang (untuk dinilai) sebagai Hasan, apatah lagi Sahih. Pada lafaz-lafaznya terdapat Nakarah, jiwaku merasa sesuatu dalam menghukum Hasannya apatah lagi dalam menSahihkannya, sesungguhnya ia adalah hadis Mungkar, tidak menepati dengan kalam Nabawi dan pengajaran dari alMustafa. Ssungguhnya telah tepat Ibn alJauzi yang menyenaraikan hadis ini di dalam alMaudhu'aat, kerana itu daku telah menyatakannya di kitabku yang aku namakannya alFawa'id alMajmu'ah fi alAhadith alMaudhu'ah." (Lihat Tuhfah alZakirin 207)
خليل حصري زينول:
jazakallah ust..mohon pencerahan lagi tentang Al-Imam Suyuti rahimahullah mengarang kitab اللآئ المصنوعه bagi menerangkan hadis yang disebut oleh Al-Imam Ibn Jauzi sebagai hadis Maudhu', bahawa hadis ini tidaklah mencapai taraf hasan, tapi beliau tidak pula menyebutkan bahawa ia Maudhu'
Bin Sahak:
Kecacatan yang ada pada hadis solat hifz alQuran ini yang menjadikn ia tertolak adalah kerana kecacatan tersembunyi dan terlindung. Kerana itu ada ulama yang terlepas pandang lalu menerima hadis ini. Masalah seumpama ini, bagi yang hendakkan kebenaran, tidak cukup dengan hanya menukilkan perkataan ulama itu dan ini. Sebaliknya hendaklah melihat kepada punca masalah sebenar hadis ini.
Jika diselusuri periwayatan hadis ini kita akan dapati:
Pertama:
Ia dinisbahkan kepada seorang Sahabat yang mulia iaitulah Ibn ‘Abbas RA yang kononnya menceritakan kisah hadis ini dari Nabi SAW.
Kedua:
yang dikatakan mengambil hadis ini dari Ibn ‘Abbas ada dua:
1) ‘Ikrimah
2) ‘Athoo'
Ketiga:
Yang dikatakan mengambil dari ‘Ikrimah dan ‘Athoo ini ialah:
i) alWalid bin Muslim, katanya: menceritakan kepadaku Ibn Juraij, daripada ‘Athoo' bin Abi Rabah dan ‘Ikrimah Maula Ibn ‘Abbas, daripada Ibn ‘Abbas.
Hadis dengan sanad ini dikeluarkan oleh alTirmizi, alDaraqutni, alHakim, alKhatib alBaghdadi, alBaihaqi, Ibn ‘Asakir dan lain-lain. Cuma riwayat alDaraqutni beliau hanya sebut dari ‘Athoo' dari Ibn ‘Abbas, beliau tidak sebut dari ‘Athoo' dan ‘Ikrimah.
Beberapa ulama telah menghukum Dhoief/Lemah kepada sanad Hadis ini, disebabkan alWalid bin Muslim telah ditohmah melakukan Tadlis Taswiah.
Tadlis Taswiah ialah perbuatan menyebut sanad hadis dengan menggugurkan seorang yang Dhoief atau yang kecil di antara dua rawi yang Thiqah dan diterima, di mana telah thabit rawi di bawah sememangnya ada mendengar dari syeikhnya.
Periwayat seumpama alWalid bin Muslim ini, yang ada melakukan Tadlis Taswiah apabila meriwayatkan hadis mestilah dengan syarat menyatakan dengan jelas atau menggunakan lafaz yang menunjukkan setiap rawi d dalam sanad mendengar atau menerima sendiri sesuatu hadis dari guru mereka. Malangnya syarat ini tidak terdapat di dalam hadis solat hifz alQuran ini. Ibn alJauzi d dalam alMaudhu'aat berkata:
“adapun alWalid (alWalid bin Muslim ini), kata para ulama periwayatan hadis, dia meriwayatkan beberapa hadis dari alAuza'ie. Hadis-hadis tersebut di sisi alAuza'ie daripada syeikh-syeikhnya ada para periwayat dhoief, daripada syeikh-syeikh itu sememangnya alAuza'ie ada menemui mereka, seperti Nafi' dan alZuhri. Lalu (periwayat seperti alWalid) akan menggugurkan nama-nama para rawi yang dhoief yang ada antara mereka dan menjadikan dari alAuza'ie daripada para gurunya (seperti alAuza'ie mengambil terus dari para gurunya)." (alMaudhu'aat 2/140)
Kerana itu hadis ini alAlbani kata: "Mungkar… alWalid bn Muslim melakukan pada sanadnya Tadlis Taswiah, ia merupakan kecacatan hadis, sekalipun ia tersembunyi ke atas ramai (ulama)." (alSilsilah alDhoiefah, bil: 3374)
ii) AlHusain bin Ishak alTustari, menceritakan kepada kami Hisham bin ‘Ammar, menceritakan kepada kami Muhammad bin Ibrahim alQurasyi, menceritakan kepada kami Abu Soleh, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas.
Jalan ini diriwayatkan oleh alTabarani seperti yang disandarkan oleh Ibn alJauzi di dalam alMaudhu'aat (2/138).
Kata Ibn alJauzi: “hadis ini tidak Sahih, muhammad bin Ibrahim seorang yang dipertikai kredibilitinya (dalam periwayatan). Abu Soleh pula, tidak kami kenali melainkan beliau ialah Ishak bin Najih, beliau seorang Matruk.”
Kata alZahabi: “hadis ini diriwayatkan oleh Hisham bn ‘Ammar, daripada Muhammad bin Ibrahim alQurasyi, daripada Abi Soleh, daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas. Muhammad (bin Ibrahim alQurasyi) ini bukan seorang yang thiqah (tidak boleh dipercayai dalam periwayatan), dan syeikhnya pula tidak diketahui siapa orangnya.” (alSiyar 9/217-218)
Kata ibn Hajr: "Barangkali sahaja alWalid mengambil hadis ini dari alQurasyi ini (Muhammad bin Ibrahim alQurasyi), lalu dia lakukan Tadlis dengan menggugurkannya (dia gugurkan nama alQurasyi ini dari dalam sanad), seperti demikian, alQirasyi ini, lalu dia samakan kepada Ibn Juraij, daripada 'Ikrimah. Dan ilmu yang sebenarnya di sisi Allah." (alNukat alZhiraf 'Ala Tufah alAsyraf 5/91)
Saya telah nyatakan bahawa yang menghukum hadis ini palsu BUKANLAH orang yang tidak menghafaz hadis 40 dan Matn Jurumiah seperti tuduhan Lah Abu Hizqil. Mereka ialah ulama umat Islam. Sekalipun jika ada yang tidak menerima alAlbani. Mana pula mereka nak letakkan hukuman alZahabi? Demikian juga Ibn alJauzi dan alSyaukani?
Jika ada yang tidak menerima hadis ini palsu, sebaliknya mereka mendakwa hadis ini dhoief. Maka displin ilmu hadis manakah yang diambil? Bukankah hadis dhoief tetapi tidak boleh diamalkan? Terutamanya untuk mengithbatkan amalan yang memerlukan riwayat yang Sahih.