SDI 0390: Memperbanyakkan Tempat Beribadat

Soalan:

As salamu alaikum ustaz, Benarkah ada hadis yg mengatakan sunnah utk sesorang itu solat tahiyatul ditempat yg berlainan (dlm dewan masjid) setiap kali datang ke masjid? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Wa'alaikumussalam Warahmatullah.

Ada hadis Sahih Imam Muslim ttg teguran Mu'awiyah kpd Sa'ib yg terus menunaikan solat sunat di tempat yg sama sebaik shj menunaikan fardhu jumaat. Mu'awiyah menjelaskan baginda SAW memerintahkan agar jangan disambung satu solat fardhu dgn solat sunat yg lain sehingga bersembang terlebih dahulu ataupun keluar.

Al-Imam alNawawi memjadikan hadis ini sbg dalil sunat berpindah ke tempat lain utk tunaikan solat sunat, dan sebaik2nya ialah di rumah. Tujuannya aslh ugk mmperbanyakkan tmp sujud.

Kebanyakan sumber yg saya sempat semak berbicara ttg memisahkan solat fardhu dgn solat sunat. Atau hendak solat sunat, hendak menunaikan solat sunat yg lain pula.

Namun ada juga ulama yg menafsirkan ayat 29 dr surah alDukhan dimana bumi dan langit menangis dgn kematian seorg, iaitulah Bumi menangis dimaksudkan kpd tempat2 ibadah menangis dgn pemergian org yg beribadah di atasnya. Justeru digalakkan utk d perbanyakkan tempat sujud. Demikian juga tmp2 sujud itu akan mnjadi saksi di akhirat kelak.


Cetak  
Wallahu a'lam