SDI 0382: Adakah Hadis Tentang 'Ain Mardhiyyah Ketua Bidadari Syurga?

Soalan: 

Salam ust..apakah benar kisah tentang ainul mardiah,. ada x dlm kitab2 sejarah? yg di katakn sbgai ketua bidadari syurga?

Jawapan:

al-Imam al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Kabir dengan sanad yang ada pertikaian tentang sebahagian periwayatnya drpd 'Uqbah bin 'Amir, baginda bersabda:

Makusdnya: "Ketika daku dimi'rajkan ke langit daku memasuki syurga 'Adn, tiba-tiba di tanganku ada sebiji buah epal, ketika aku meletakkan buah itu di tanganku, terzahir Haura' 'Ainaa' Mardhiah hujung kelopak matanya seperti sayap-sayap cahaya. Daku berkata padanya: Siapakah kamu ini? dia menjawab: "Daku untuk khalifah selepas daripadamu."

Kata al-Haithami , al-Tobarani meriwayatkan hadis ini dari Syeikhnya Bakr bin Sahl. al-Zahabi berkata tentang beliau (Bakr bin Sahl):

"Muqarib al-Hadis (menghampiri rawi yang thiqah) daripada 'Abdullah bin Sulaiman al-'Abdari. Ibn HIbban menilainya sbg Thiqah, manakala bagi periwayat lain adalah thiqah."

Demikian juga al-Aini ada menyatakan dalam Syarah al-Bukhari 2 athar tanpa Sanad tentang Ainaa' Mardhiyyah ini.

1) Daripada Abu Hurairah yang berkata:

إن في الجنة حوراء يقال لها العيناء إذا مشت مشى حولها سبعون ألف وصيفة عن يمينها وعن يسارها كذلك، وهي تقول أين الآمرون بالمعروف والناهون عن المنكر

Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga ada Hauraa' (bidadari syurga) yang dinamakan sbg al-'Ainaa' ('Ain Mardhiah), Jika dia berjalan, maka akan turut berjalan bersamanya 70,000 para pemudi di kanan dan demikian juga di kirinya. al-'Ainaa' itu berkata: "Manakah orang-orang yang menyuruh dengan ma'ruf dan mencegah perkara mungkar?"

2) Drpd Ibn 'Abbas RA yang berkata:

في الجنة حوراء يقال لها العيناء لو بزقت في البحر لعذب ماؤه

Maksudnya: "Di dalam syurga terdapat Hauraa' (bidadari syurga) dinamakan al-'Ainaa' , jika dia meludah ke dalam laut akan menjadi enak airnya."

Kedua-dua athar ini Mauquf, al-'Aini tidak menyatakan sanadnya.

Selain itu di sisi Ibn Khuzaimah juga ada hadis drpd Abi Mas'ud hadis yang agak panjang tentang bidadari syurga:

إن الجنة لتزين لرمضان من رأس الحول إلى الحول ، فإذا كان أول يوم من رمضان هَبّت ريح من تحت العرش فصفقت ورق الجنة فتنظر الحور العين إلى ذلك فيقلن : يا رب اجعل لنا من عبادك في هذا الشهر أزواجا تقر أعيننا بهم و تقر أعينهم بنا . قال : فما من عبد يصوم يوما من رمضان إلاَّ زوج زوجة من الحور العين في خيمة مِن درة مما نَعَت الله (حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ) على كل امرأة سبعون حلة ليس منها حلة على لون الأخرى ، تُعطي سبعين لونا من الطيب ليس منه لون على ريح الآخر ، لكل امرأة منهن سبعون ألف وصيفة لحاجتها ، وسبعون ألف وصيف ، مع كل وصيف صفحة من ذهب فيها لون طعام تَجِد لآخر لقمة منها لذة لا تَجِد لأوَّلِه ، لكل امرأة منهن سبعون سريرا من ياقوتة حمراء على كل سرير سبعون فراشا بطائنها مِن إستبرق ، فوق كل فراش سبعون أريكة ويُعْطَى زوجها مثل ذلك على سرير مِن ياقوت أحمر مُوشّح بالدّر ، عليه سواران من ذهب هذا بكل يوم صامه من رمضان سوى ما عمل من الحسنات

Hadis ini dihukum oleh al-A'zomi sebagai Dhoief (Lemah) bahkan Maudhu (Palsu). Di dalam sanadnya ada Jarir bin Ayyub al-Bajali, Kata al-Imam al-Bukhari: "Mungkar al-Hadith". Demikian juga al-Albani menilai hadis ini sebagai Maudhu'.

Adapun yang sahih tentang sifat bidadari syurga, antaranya adalah seperti yg diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, iaitulah:

أنَّ امْرَأةً مِنْ أهْلِ الجَنَّةِ اطْلَعَتْ إلَى أهْلِ الأرْضِ لأضَاءَتْ ما بَيْنَهُمَا ولَمَلأتْهُ رِيحا ، ولَنَصِيفُهَا على رأسِها خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وما فِيها

Maksudnya: "Bahawa seorang wanita dari ahli syurga melihat ke penghuni dunia, pasti akan menerangi dan mewangi antara mereka berdua. manakala mahkota yang dipakai di atas kepalanya adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya." (Sahih al-Bukhari - Kitab al-Rهqaq - Bab Sifah al-Jannah wa al-Nar. hadis: 6199)


Cetak  
Wallahu a'lam