Soalan:
As salam ustz...
Sahihkan hadis dibwh...
Solat apakah itu...
Mohon pencerahan ust...
Dari Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam dari Allah Azza Wa Jalla, Dia berfirman: "Wahai anak Adam, ruku'lah kamu kepadaku dipermulaan siang sebanyak empat raka'at, niscaya Aku akan memenuhi kebutuhanmu di akhir siang." [HR Tirmidzi]
Jawapan:
Hadis yg diriwayatkan oleh alTirmizi tersebut dinilai Hasan oleh Imam alZahabi di dlm alSiyar dan Sahih oleh alAlbani di dlm Sahih alJami'. Lafaznya adlh spt berikut:
ابْنَ آدَمَ ، ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ
Apakah yg dimaksudkan dgn solat 4 rakaat di awal siang?
Para ulama berbeza pandangan:
1) 4 rakaat Solat Dhuha. Inilah pandangan Imam Abu Daud, Imam alTirmizi, Imam al-'Iraqi, Imam Ibn Rajab alHambali dan selain mereka.
2) 4 rakaat itu ialah 2 rakaat solat Subuh & 2 rakaat sunat sblm Subuh. Antara ulama yg menyatakan pandangan ini ialah Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya Imam Ibn alQayyim dan selainnya.
Imam alSyaukani di dlm Nail alAwthor menyatakan ada kemungkinan hadis ini memaksudkan Solat Subuh dan 2 rakaat sunat sblmnya, krn secara hakikatnya inilah solat di awal siang. Maksudnya juga selari dgn hadis Nabi SAW yg lain:
(من صلى الصبح فهو في ذمة الله).
Maksudnya: "Siapa yg menunaikan solat Subuh, maka dia di dlm jaminan Allah."
Selain itu, para ulama juga berbeza pandangan apakah yg dimaksudkan dgn awal siang. Apakah bermula dgn terbit fajar atau terbit matahari?
Al-'Iraqi menyatakan yg masyhur berdasarkan perkataan majoriti Ahli Bahasa dan Ulama Syari'ah ia menunjukkan kpd bermulanya awal siang dr terbitnya fajar. Namun kata al-Iraqi hadis ini juga tidak ada halangan utk difahami ia bermula slps terbit matahari. Ini kerana slps terbit matahari juga adlh di awal siang. Inilah yg Zahir dr hadis dan pengamalan org ramai. Justeru boleh shj hadis ini merujuk kpd 4 rakaat solat Dhuha.
Oleh yg demikian, bg tidak terlepas dr kelebihan yg besar ini, iaitulah memperolehi pemeliharaan dr Allah dr sbrg keburukan pd akhir akhir hari tersebut. Hendaklah kita berusaha mmlihara solat Subuh dan 2 rakaa sunat sblmnya, demikian juga 4 rakaat sunat Dhuha.