SDI 0918: Darjat Hadis 2 Rakaat Solat Bersugi Lebih Baik Dri 70 Rakaat Solat Tak Bersugi

Soalan: 

Soalan: salam ustaz, nak mintak tolong cek hadis ni sahih atau tak:

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )

Jawapan:

Hadis tersebut bukan riwayat Muslim, sebaliknya diriwayatkan oleh Ahmad, al-Hakim, Ibn Khuzaimah, al-Daraqutni, al-Baihaqi, al-Bazzar, Abu Ya'la dan Ibn 'Adiy dengan jalan yang lemah dan sebahagiannya palsu. Antara yang menghukumkan hadis ini sebagai lemah adalah al-Albani di dalam alSilsilah al-Dhaefah.

Penyoal:
Hadis ni disebar luas pd produk br gel sugi mukmin. Agak kesal jg ramai yg guna hadis lemah/dhaif utk lariskn jualan.

Jawapan balas Bin Sahak:
Untuk maklumat semua hadis tersebut bukan setakat al-Albani sahaja yang menghukumkan sebagai Lemah atau Dhoief, bahkan al-Imam al-Nawawi dari Mazhab al-Syafie juga.


Cetak  
Wallahu a'lam