Satu-satunya Hadis Yang Sanadnya Diriwayatkan Oleh Kumpulan Wanita

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahih beliau daripada Zainab binti Ummu Salamah daripada Habibah daripada Ibunya Ummu Habibah daripada Zainab binti Jahsh bahawa Nabi SAW bersabda:

"Kecelakaan bagi orang Arab disebabkan keburukan yang semakin hampir..."

Terhimpun di dalam sanad hadis ini empat orang wanita yang meriwayatkan hadis sesama mereka.

Dua (2) orang Isteri Rasulullah SAW iaitulah Habibah dan Ummu Salamah dan dua (2) orang Rabibah (anak tiri) baginda, Zainab binti Umm Salamah dan Habibah.


Cetak  
Wallahu a'lam