SDI 1238: Terjemahan Lebih Tepat Bagi Ungkapan Hadis: أحتسب على الله...

Soalan: 

Salam ustaz, apakah terjemahan yang lebih baik untuk ungkapan hadis:

أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده

Sama ada nak terjemah: "daku mengharapkan Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya"

atau: "dapat menghapuskan dosa..."

Jawapan:

Pada pandangan saya terjemahan kedua lebih menepati mafhum hadis sesuai dengan bahasa Melayu, atau dengan terjemahan: "Allah akan menghapuskan..."

Saya tidak menafikan fi'il mudhari' أحتسب adalah bermaksud أرجو yang boleh diterjemahkan sebagai "daku mengharapkan", namun terjemahan ini seperti sesuatu yang tidak meyakinkan. Sudah pasti bukan ini yang dimaksudkan di dalam hadis. Apatah lagi dlm hadis, fi'il احتسب dita'addikan dengan على yang membawa maksud wajib atau mesti, bertujuan menunjukkan bersungguh-sungguh dalam memberi jaminan.

Kerana itu, pada saya terjemahankan kedua lebih tepat.

Jika ditanya kenapa terjemah "dapat", bukan dengan terjemahan "mesti" bagi menunjukkan jaminan yang bersungguh? Maka jawabnya ialah kerana meraikan bahasa Melayu yang tidak seperti bahasa Arab, agar tidak berlaku salah faham dan boleh boleh "cover" persoalan mungkin ada juga mereka yang tidak memperolehi kelebihan yang disebut jika terdapat pada mereka الموانع من قبول العمل iaitulah halangan-halangan dari diterima amalan mereka oleh Allah SWT.


Cetak  
Wallahu a'lam