Darjat Hadis al-Fatihah Diturunkan Dari Satu Perbendaharaan di Bawah Arasyh

Riwayat di dalam Asbab al-Nuzul:

أخبرنا أبو إسحاق أحمد بن محمد المفسر، أخبرنا الحسن بن جعفر المفسر، قال: أخبرنا أبو الحسن بن محمد بن محمود اَلْمَرْوَزِيْ، حدثنا عبد الله بن محمود السعدي، حدثنا أبو يحيى القَصْرِيْ، حدثنا مروان بن معاوية، عن العلاء بن المسيب، عن الفضيل بن عمرو، عن علي بن أبي طالب قال: نزلت فاتحة الكتاب بمكة من كنز تحت العرش

Terdapat al-Inqita’ pada sanad riwayat ini, di mana al-Fudhail bin ‘Amr tidak mendengar riwayat dari ‘Ali. Demikian juga al-Albani di dalam ial-Silsilah al-Da’iefah, cetakan pertama 1422H/2001M, Maktabah al-Ma’arif, Riyadh Saudi. 9/27, hadis bilangan 4024 berkata: “(Hadis ini) lemah...Munqati’”.  Hadis ini diriwayatkan oleh al-Dailami di dalam al-Firdaus bi Ma’thur al-Khitab الفردوس بمأثور الخطاب bilangan 6816 dari jalan Fudhail bin ‘Amr. Riwayat ini di dalam Kanz al-‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al oleh al-‘Allamah ‘Ala’ al-Din ‘Ali al-Muttaqi bin Husam al-Din al-Hindi W975H, riwayat no: 2521, halaman: 560 dinisbahkan kepada al-Dailami. Di dalam al-Durr al-Manthur oleh al-Suyuthi (W911H) 1/16 dinisbahkan riwayat ini kepada Ishak bin Rahawaih di dalam musnadnya daripada ‘Ali secara marfu’, dengan lafaz: أَنه سُئِلَ عَن فَاتِحَة الْكتاب فَقَالَ: حَدثنَا نَبِي الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم إِنَّهَا أنزلت من كنز تَحت الْعَرْش yang bermaksud: “Bahawa beliau (‘Ali) pernah ditanya berkaitan surah al-Fatihah, lalu beliau menjawab: “Nabi SAW menceritakan kepada aku bahawa surah al-Fatihah itu diturunkan dari satu perbendaharaan di bawah ‘Arasyh.” (al-Maktabah al-Syamilah. Lihat juga Asbab al-Nuzul oleh al-Wahidi dengan tahkik dan kajian oleh Kamal Basyuni Zagh’lul. Cetakan pertama 1411H/1991M, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut Lebanon, nota kaki halaman: 22)  

Riwayat di dalam Tafsir al-Ta’labi:

أخبرنا أبو القاسم الحسن بن محمد بن جعفر قراءة، أخبرنا أبو الحسن محمد بن محمود بن عبد الله المروزي قال: حدثنا عبد الله بن محمود السعدي، حدثنا أبو يحيى القصريّ، حدثنا مروان بن معاوية عن الولاء بن المسيّب عن الفضل بن عمرو عن علي ابن أبي طالب (رضي الله عنه) قال: نزلت فاتحة الكتاب بمكة من كنز تحت العرش

Pada nota kaki 2 halaman 89, pentahkik menisbahkan riwayat ini kepada al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul. (Lihat al-Kasyf wa al-Bayan (Tafsir al-Tha’labi), dirasah wa tahkik oleh al-Imam Abi Muhammad bin ‘Asyur, muraja’ah dan tadqiq oleh al-Ustaz Nadhir al-Sa’idiy, 1/5&6, cetakan pertama 1422H/2002M Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, Beirut Lebanon)


Cetak  
Wallahu a'lam