SDI 1209: Berubat Dengan Sana dan Sannut

Soalan: 

Ustaz benarkan ada hadis tentang berubat dengan tumbuhan bernama Sana dan Sannut? Sahihkah hadis itu?

Jawapan: 

Hadis berkaitan tumbuhan al-Sana السنى dan al-Sannut السنوت  tersebut ada diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Majah, al-Hakim dan al-Tabarani, demikian juga Abu Nu'aim di dalam al-Tibb al-Nabawi daripada Abi Ubai bin Ummi Haram RA yang berkata: "Aku pernah mendengar Rasulllah SAW bersabda: 

عَلَيْكُمْ بِالسَّنَى، وَالسَّنُّوتِ، فَإِنَّ فِيهِمَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ) ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: (الْمَوْتُ) 

maksudnya: "Gunakanlah al-Sana dan al-Sannut. Kerana sesungguhnya pada kedua-duanya terdapat penyembuhan dari setiap penyakit melainkan mati." Hadis ini dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, hadis bilangan 7442.  

Namun persoalan penawar dan ubat hendaklah dirujuk kepada ahlinya kerana biasanya ubat memerlukan dos yang tidak dapat diketahui melainkan ahlinya. 


Cetak  
Wallahu a'lam