SDI 0742: Apakah Hadis Dalam Kitab Riyadh alSolihin Semuanya Sahih?

 
Soalan: 
 
Ustaz, apakah semua hadis dalam kitab Riyadh al-Solihin semuanya sahih?
 
Bin Sahak:
 
al-Imam al-Nawawi sebut di bahagian Muqaddimah kitabnya itu bahawa beliau beriltizam untuk memasukkn hadis-hadis sahih sahaja dalam kitabnya Riyadh alSolihin. 
 
Penyoal:
 
Brmakna 1905 hadis dlm riyadh alsolihin tu kita tk boleh katakn semuanya sahih..btul tuan?
 
Bin Sahak:
 
Kita boleh kata semua hadis dalam Riyadh alSolihin adalah Sahih pada penilaian al-Imam al-Nawawi. Namun saya tidak nafikan pentahkik terkemudian seperti alAlbani dan Syuaib alArnaout ada menilai beberapa hadis dalam Riyadh alSolihin sebagai dhoief. Himpunan penilaian semula mereka berdua mendapati terdapat lebih kurang 57 buah hadis dhaief dalam kitab Riyadh alSolihin.
 
Perbezaan ini berlaku disebabkan urusan tashih dan tad'ief hadis ini adalah urusan ijtihadi. Oleh itu setiap mujtahid berhukum berdasarkan apa yang jelas pada mereka menurut ilmu yang sampai kepada mereka. Kita pula tidak boleh mengibkan tokoh itu dan tokoh ini, yang berbeza penerimaan dengan kita dalam bab seumpama ini. WA
 
Penyoal:
 
Trm ksh tuan atas penjelasan.
 

Cetak  
Wallahu a'lam