Soalan:
Ustaz apa darjat hadis ini? Ada dlm buku fiqh dan perundangan islam Dr. Wahbah alZuhaili.
"Sesispa yg membaca stlh imam memberi salam solat hari jumaat, sblm dia mengubah duduknya: surah alFatihah, qulhuwallah, qul a'uzu bi rabbil falaq dab qul a'uzu bi rabbi alnas 7 kali 7 kali. Akan diampunkan untuknya dosa2nya yg telah lalu dan yg akan datang, akan diberi kpdnya pahala sebanyak bilangan setiap org yg beriman kpd allah dan hari akhirat."
Jawapan:
Di bawah ini teks hadis yang dimaksudkan. Ia diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA:
من قرأ إذا سلَّمَ الإمامُ يومَ الجمعةِ قبلَ أن يَثْنِيَ رِجلَه : فاتحةَ الكتابِ وقل هو اللهُ أحدٌ وقلْ أعوذُ بربِّ الفلقِ وقل أعوذُ بربِّ الناسِ سبعًا سبعًا ، غُفِرَ له ما تقدَّم من ذنبِه وما تأخَّرَ ، وأُعطِيَ من الأجرِ بعددِ كلِّ من آمن باللهِ واليومِ الآخرِ
Hadis ini menurut nilaian al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani ialah: "bersangatan Lemah" di dalam al-Khishal alMukaffirah 1/49. AlAlbani menilai sebagai Maudhu' atau Palsu di dalam Dhaief alJami' 5758.