Mustalahat alImam alTirmizi RH (2)

Bahagian Pertama: Hadis2 Sahih

Termasuk juga dlm bahagian ini hadis2 yg alImam alTirmizi memaksudkan Sahih pd ghalibnya. Spt istilah:

- Hasan Sahih حسن صحيح,
- Sahih Gharib صحيح غريب dan
- Sahih Hasan Gharib صحيح حسن غريب.

Para ulama berbeza pandangan manakah yg lebih tinggi darjah sahihnya di sisi alTirmizi:

- sebahagian kata "Hasan Sahih" lebih tinggi darjat kesahihannya dr "Sahih".
- sebahagian kata sebaliknya "Sahih" lebih tinggi darjatnya dr "Hasan Sahih".
- Sahih Hasan Gharib, merupakan darjat yg paling jarang digunakan oleh alImam alTirmizi. Di mana ia dinyatakan pd beberapa hadis yg sedikit sahaja. Namun ia menunjukkan kesahihan hadis dan ia lebih kuat berbanding perkataan bekiau: Gharib Hasan Sahih.
- bagi sesiapa yg memerhatikan kitab beliau, istilah Sahih Gharib ini paling banyak alImam alTirmizi gunakan dlm menghukum darjat hadis pd bahagian akhir kitab alJami'nya. Di mana keumuman hadis2 tersebut bukanlah hadis berkaitan hukum-hakam, dan boleh dianggap hukuman ini pd beliau adalah lafaz sahih yg paling rendah. Bahkan sebahagian ulama ada yg menghukum sebahagian hadis2 tersebut sbg lemah.

alImam alTirmizi tidak menjelaskan maksud beliau pd menggunakan istilah Sahih dan Hasan Sahih di dlm kitan alJami'nya atau kitab al'Ilal, sptmana beliau menerangkan maksud penggunaan istilah alHasan dan alGharib.

Namun majoriti ulama selepas alImam alTirmizi spt Ibn alSolah dan alNawawi memberikan batasan sesuatu hadis Sahih mestilah hadis yg diriwayatkan dgn nukilan periwayat yg adil lagi dhabith dr yg seumpamanya dr awal sanad hingga ke hujungnya. Tidak jadi syaz dan mu'allal. alImam Ibn Hajar pula menambah di dlm syarahnya kpd kitab alNukhbah ungkapan: تام الضبط atau kesempurnaan alDabth dgn kata beliau: "khabar alAhadi dgn nukilan seorg yg adil lagi sempurna dabth, bersambung sanad, tanpa sbrg mu'allal dan tanpa Syaz" iaitu hadis Sahih Lizatih.

Tamam alDabth atau sempurna alDabth spt yg sedia dimaklumi adlh satu syarat yg mustahil ada pd mana2 periwayat hadis. Adapun syarat adil ia suatu yg jelas dan diketahui.

Para ulama selepas alImam alTirmizi juga tidak sependapat berkaitan maksud yg dikehendaki oleh alTirmizi pd menjelaskan batas hadis Sahih. Apakah istilah2 yg beliau itlaqkan ini terdapat pdnya syarat2 hadis sahih li zatih atau lighairih, kerana mafhum hadis sahih li zatih tidak ada di sisi alMutaqaddimin, di antara mereka itu alTirmizi sendiri. Maka tidak mungkin utk dikatakan alImam alTirmizi menghendaki dgn pengistilahan ini lebih dr maksud hadis sahih yg boleh diamalkan dgnnya pd babnya. alHafidz Ibn Rajab ada membuat satu huraian panjang di dlm kitabnya Syarh 'Ilal alTirmizi bagi menerangkan makna "alHadis alSahih" akan tetapi beliau tidak menyebut maksud alImam alTirmizi dlm perkara ini.


Cetak  
Wallahu a'lam