Hadis Pemuda Dan Ular

Menceritakan kepada kami Abu Sa-ib, maula Hisham bin Zuhrah (أبو سائب، مولى هشام بن زهرة)

أنَّهُ دَخَلَ عَلى أبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ في بَيتِهِ. قال: فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي، فَجَلَسْتُ أنْتَظِرُهُ حَتّى يَقْضِيَ صَلاتَهُ. فَسَمِعْتُ تَحْرِيكًا في عَراجِينَ في ناحِيَةِ البَيتِ. فالتَفَتُّ فَإذا حَيَّةٌ. فَوَثَبْتُ لأقْتُلَها. فَأشارَ إليَّ: أنِ اجْلِسْ. فَجَلَسْتُ. فَلَما انْصَرَفَ أشارَ إلى بَيتٍ في الدّارِ. فَقال: أتَرى هَذا البَيتَ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ. قال: كانَ فِيهِ فَتًى مِنّا حَدِيثُ عَهْدٍ بِعُرْسٍ. قال: فَخَرَجْنا مَعَ رَسُولِ اللهِ ﷺ إلى الخَنْدَقِ. فَكانَ ذَلِكَ الفَتى يَسْتأْذِنُ رَسُولَ اللهِ ﷺ بِأنْصافِ النَّهارِ فَيَرْجِعُ إلى أهْلِهِ. فاسْتَأذَنَهُ يَوْمًا. فَقال لَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «خُذْ عَلَيكَ سِلاحَكَ. فَإنِّي أخْشى عَلَيكَ قُرَيظَةَ» فَأخَذَ الرَّجُلُ سِلاحَهُ. ثُمَّ رَجَعَ فَإذا امْرَأتُهُ بَينَ البابَينِ قائِمَةً. فَأهْوى إلَيْها الرُّمْحَ لِيَطْعُنَها بهِ. وأصابَتْهُ غَيْرَةٌ. فَقالتْ لَهُ: اكْفُفْ عَلَيكَ رُمْحَكَ، وادْخُلِ البَيتَ حَتّى تَنْظُرَ ما الَّذِي أخْرَجَنِي. فَدَخَلَ فَإذا بِحَيَّةٍ عَظِيمَةٍ مُنْطَويَةٍ عَلى الفِراشِ. فَأهْوى إلَيها بِالرُّمْحِ فانْتَظَمَها بِهِ. ثُمَّ خَرَجَ فَرَكَزَهُ في الدّارِ. فاضْطَرَبَتْ عَلَيهِ. فَما يُدْرى أيُّهُما كانَ أسْرَعَ مَوْتًا. الحَيَّةُ أمِ الفَتى؟ قال فَجِئْنا إلى رَسُولِ اللهِ ﷺ فَذَكَرْنا ذَلِكَ لَهُ. وقُلْنا: ادْعُ اللهَ يُحْيِيهِ لَنا. فَقال: «اسْتَغْفِرُوا لِصاحِبِكُمْ». ثُم قال: «إنَّ بِالمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أسْلَمُوا. فَإذا رَأيتُمْ مِنهُمْ شيئًا فَآذِنُوهُ ثَلاثَةَ أيّامٍ، فَإنْ بَدا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِك فاقْتُلُوهُ. فَإنَّما هُوَ شَيطانٌ»

Maksudnya: "Dia pergi ke tumah Abi Sa'id al-Khudri RA dan mendapati Abi Sa'id ketika itu sedang menunaikan solat. Lalu aku duduk menunggu beliau selesai menunaikan solat. Tiba-tiba aku mendengar bunyi pergerakan di bumbung rumah. Aku segera beroleh ke arahnya dan mendapati seekor ular, dengan segera aku bangun untuk membunuhnya. Lalu Abi Sa'id yang sedang menunaikan solat membuat isyarat kepadaku supaya duduk (dan tidak membunuh ular tersebut). Lalu aku segera duduk. Apabila selesai menunaikan solat, Abu Sa'id menunjuk ke arah satu bilik yang berada di dalam rumah tersebut dan berkata: "Kamu lihat bilik itu?' AKu menjawab: "Ya.' Beliau berkata: "Dahulu tinggal di dalam bilik itu seorang pemuda dari kalangan kamimyang baharu selesai diijab kabulkan. Satu hari kami semua (termasuk pemuda itu) keluar bersama Rasulullah SAW ke Khandaq (parit besar yang dikorek bagi menghalang pakatan musuh masuk ke Madinah dalam peristiwa peperangan Khandaq). Tiba-tiba pada petang hari, pemuda itu meminta izin dari Rasulullah SAW untuk pulang bertemu dengan isteir yang baharu dinikahinya itu dan Rasulullah SAW mengizinkannya dan bersabda: "Bawa bersamamu pedangmu, Aku bimbang kejahatan Yahudi Bani Quraizah terhadapmu" Lalu pemuda itu mengambil padangnya dan segera pulang ke rumah. Ketika menghampiri rumahnya, dia mendapati isteri yang baharu dinikahinya itu sedang berdiri antara dua pintu (pintu luar dan pintu dalam rumah, di mana bukan menjadi kebiasaan di kalangan Arab dahulu, wanita yang baru berkahwin berdiri di tempat itu ketika ketiadaan suaminya). Lalu pemuda itu disebabkan cemburu segera mengambil panah dan mengajukannya ke arah isterinya. kata isterinya: "Simpan panahmu itu dan masuklah ke dalam rumah agar kamu dapat lihat apa menyebabkan aku keluar ke sini." Lalu pemuda itu masuk ke dalam rumah dan mendapati terdapat seekor ular melengkor di atas tempat tidur. Lalu pemuda itu segera mengajukan panahnya ke arah ular tersebut dan memanahnya. Kemudian pemuda itu keluar dari rumah, tiba-tiba ular yang berada di dalam rumah menyerangnya sehingga ular itu menggelu[ur di atasnya. Dan tidak diketahui siapakah yang lebih dahulu mati, ular itu atau pemuda tersebut di sebabkan terlalu cepat apa yang berlaku. Kata Abu Sa'id: "Lalu kami pergi bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan perkara yang berlaku kepada baginda. Kami kata kepada baginda: Berdoalah kepada ALlah untuk memberi kesembuhan kepada pemuda tersebut (namun sebenarnya pemudan itu telah[un meninggal dunia) baginda bersabda: "Mohonlah keampunan untuk sahabat kamu itu (kerana dia telahpun meninggal dunia)." Kemudian baginda bersabda: ""sesungguhnya di Madinah terdapat jin yang telah memeluk Islam. Apabila seseorang daripada kamu melihat sesuatu maka usirlah dia keluar selama tiga hari. Jika ia masih ada selepas itu, maka bunuhlah ia kerana ia itu adalah syaitanyang masuk ke dalam rumah kamu." (Muslim) 


Cetak  
Wallahu a'lam