Daripada Anas bin Malik RA katanya:
مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا خَيْرًا فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَمُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا شَرًّا فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ قَالَ عُمَرُ فِدًى لَكَ أَبِي وَأُمِّي مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا خَيْرٌ فَقُلْتَ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَمُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِيَ عَلَيْهَا شَرٌّ فَقُلْتَ وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ خَيْرًا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ وَمَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ شَرًّا وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الْأَرْض ِأَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ
Maksudnya: "Dibawa satu jenazah, lalu ia dipuji dengan kebaikan. Nabi SAW bersabda: "wajib untuknya" tiga kali. Dibawa pula satu jenazah yang lain, lalu disebut keburukannya. Nabi SAW bersabda: "wajib untuknya." tiga kali. 'Umat berkata: "daku tebus bapa dan ibuku untuk mu ya Rasulullah. Dibawa satu jenazah dan ia dipuji. Lalu Tuan berkata: "wajib untuknya" tiga kali. Dibawa juga satu jenazah lain dan disebut keburukannya. Lalu tuan berkata: "wajib untuknya" tiga kali. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang kamu semua bersaksikan kebaikan untuknya. Pasti wajib untuknya syurga. Siapa yang kamu semua bersaksikan keburukan untuknya. Pasti wajib untuknya neraka. Kamu semua adalah saksi Allah di muka bumi, kamu semua saksi Allah di muka bumi, kamu semua saksi Allah di muka bumi." (Riwayat Muslim - Kitab alJanaiz - Bab Fi Man Yuthna 'Alaih Khair Aw Syarr Min alMauta. Hadis bilangan: 949)
Huraian ringkas
1) Hadis ini menunjukkan seseorang yang dikenang kebaikannya disebabkan dia sememngnya dari kalangan orang-orang baik, maka demikianlah dia di sisi Allah. Sama halnya dengan seseorang yang dikenang keburukan dan kejahatannya dsebabkan dia sememangnya dari kalangan ahli-ahli maksiat dan buruk akhlaknya. Maka demimianlah juga dia di sisi Allah SWT.
2) Penyaksian di dalam hadis adalah penyaksian dari para sahabat Nabi SAW. Mereka adalah generasi terbaik. Seseorang yang mereka saksikan kebaikan, maka sememangnya orang itu dr kalangan ahli kebaikan. Seseorang yang mereka saksikan keburukan, maka sememangnya orang itu dari kalangan orang-orang yang buruk dan jahat. Para sahabat Nabi SAW tidak pernah berdusta di dalam penyaksian.
Ia berbeza dengan kita. Namun mudah-mudahan orang-orang yang disaksikan kebaikan oleh kita kerana sememangnya kita kenal dia dari kalangan orang baik dan beramal soleh, sekurang-kurangnya dia ada melakukan kebaikan dan amal soleh. Mudah-mudahan juga kebaikan dia yang kita sebut menjadi teladan kepada kita semua dan memberatkan timbangan amalannya.