Daripada Ubay bin Ka'ab RA daripada Nabi SAW yang bersabda:
إِنَّ لِلْوُضُوءِ شَيْطَانًا يُقَالُ لَهُ الْوَلَهَانُ فَاتَّقُوا وَسْوَاسَ الْمَاءِ
maksudnya: "Sesungguhnya bagi wudhu itu ada syaitan yang sentiasa menggangu. Syaitan itu dinamakan sebagai al-Walahan, maka berjaga-jagalah dari was-was al-Ma' (was-was ketika berwudhu disebabkan ganguan Walahan)." (Lihat Tuhfah al-Ahwazi 1/156)
Kata al-Imam al-Tirmizi: "Hadis Ubay bin Ka'ab adalah hadis Gharib, Isnadnya tidak kuat dan tidak sahih di sisi Ahl al-Hadis, kerana kami tidak mengetahui seorangpun (dari ulama hadis) yang ada menyatakan sanadnya selain Kharijah (خَارِجَةَ ), dan hadis ini ada juga diriwayatkan dari wajah yang lain daripada perkataan al-Hasan. dan tidak ada yang Sahih dalam bab ini daripada Nabi SAW sesuatu (hadispun). Kharijah itu bukan seorang yang kuat di sisi Ashab kami dan ia dinilai Dhoief oleh Ibn al-Mubarak."